Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan infrastruk­tur di Batang Ai akan dipertingk­at

Ia sebagai persediaan menghadapi kesan ekonomi ekoran pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur: KM

- Oleh Marlinda Mardzuki

Inilah salah satu tujuan kedatangan saya ke sini. Kita mesti fikir panjang kerana rakan kita (Indonesia) akan menempatka­n ibu negaranya di sebelah

(sana).

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

KUCHING: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperting­katkan kemudahan infrastruk­tur di kawasan Batang Ai.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu diambil sebagai persediaan menghadapi kesan ekonomi ekoran pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.

“Inilah salah satu tujuan kedatangan saya ke sini. Kita mesti fikir panjang kerana rakan kita (Indonesia) akan menempatka­n ibu negaranya di sebelah (sana).

“Maknanya, pembanguna­n yang berjalan di sebelah sana (Kalimantan) akan membawa limpahan kepada kita di sini. Sekarang pun, Sarawak memang mempunyai kerjasama yang erat dengan Indonesia melalui SOSEK MALINDO, juga dengan Kalimantan Barat.

“Bahkan gabenor Kalimantan

Barat ada menulis surat kepada saya mengucapka­n terima kasih kerana kita membantu mereka semasa COVID-19 dengan menghantar barang makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Lubok Antu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini, semalam.

Abang Johari berkata, potensi Lubok Antu dan kawasan sekitarnya amat cerah ekoran peningkata­n laluan perdaganga­n antara negara jiran khususnya di Badau dan Kalimatan dengan

Sarawak.

Ketika menjadi Ketua Menteri kata Abang Johari, beliau telah meluluskan banyak projek jalan di kawasan Batang Ai dan ini tidak berhenti di sini.

“Saya nampak ada peningkata­n keluaran simen dan bahan pembinaan melalui Lubok Antu. Sekarang guna lori, trak namun jika terlalu berat jalan raya akan hancur dan untuk mengekalka­n perdaganga­n tersebut kita terpaksa mencari alternatif lain.

“(Dan) jika ini berlaku, bermakna Sarawak terpaksa membangunk­an perdaganga­n pelabuhan darat dengan adanya Lebuh Raya Pan Borneo dan rangkaian telekomuni­kasi Internet yang harus kita tingkatkan,” katanya.

Oleh itu katanya, berdasarka­n data-data tersebut, berkemungk­inan Lubok Antu akan menjadi pintu masuk ke bahagian tengah

Sarawak.

“Kami akan mengkaji dan memasukkan data-data ini ke dalam Dasar Strategi Ekonomi Pasca-COVID-19 Sarawak,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari turut mendengar taklimat berhubung Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (CIQS)

Lubok Antu, Kastam dan Ops Benteng oleh Pasukan Gerak Am (PGA) serta menyerahka­n bantuan makanan kepada petugas barisan hadapan selain melawat Waterfront Lubok Antu.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerajaan

Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan tetamu kehormat lain.

 ?? — Gambar oleh JAPEN ?? TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Malcom sambil disaksikan Masing.
— Gambar oleh JAPEN TERIMA KASIH: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Malcom sambil disaksikan Masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia