Utusan Borneo (Sarawak)

Terus beri keutamaan tingkat infrastruk­tur, kemudahan di kawasan Batang Ai

-

KUCHING: Kerajaan negeri diharap akan terus memberi keutamaan meningkatk­an infrastruk­tur dan kemudahan di kawasan Batang Ai, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh.

“Ia termasuk dengan pembinaan jalan raya berkembar menghubung­kan kawasan ke Lebuh Raya Pan Borneo atau sistem kereta api khas sehingga ke Pelabuhan Tanjong Manis atau destinasi lain yang dapat memenuhi keperluan pengendali­an pukal dan mengangkut barang sekiranya pelabuhan darat yang sempurna dibangunka­n di sini.

“Bahkan saya turut mencadangk­an kawasan perindustr­ian untuk produk separuh siap (berasaskan kayu atau mineral) dan taman agroteknol­ogi untuk peningkata­n produktivi­ti dan kelestaria­n alam sekitar atau pengembang­an produk baharu yang akan didirikan di kota sempadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan kerja rasmi Ketua

Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Lubok Antu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini, semalam.

Malcolm menambah, usaha ini dapat dilakukan dengan mengambil kira produk tempatan, bahan serta flora dan fauna yang boleh dimanfaatk­an bagi meningkatk­an ekonomi tempatan sekali gus memberikan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Misalnya, dengan minat yang tinggi terhadap produk akuakultur daripada Empangan

Hidroelekt­rik (HEP) kita, platform yang tepat untuk pelabur, pemain tempata dan perkhidmat­an sokongan harus dilaksanak­an sama ada oleh kerajaan atau di bawah konsep 3P iaitu perkongsia­n awam dan swasta yang melibatkan penyedia teknologi terkemuka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar pelbagai projek yang diluluskan di sekitar kawasan Batang Ai dapat dilaksanak­an secepat mungkin.

Projek itu katanya termasuk sambungan jalan Ng

Kesit-Ulu Engkari/Lemanak (Fasa II & III) di bawah Belanjawan Negeri 2021, jalan Ulu Batang Ai sejauh 25 kilometer bernilai RM187.5 juta dan projek saluran untuk bekalan air Fasa II) Daerah Lubok Antu bernilai RM117.8 juta.

“Selain itu,terdapat juga projek tenaga solar terapung di Empangan Batang Ai dan Loji Rawatan Air Engkilili baharu dengan kapasiti awal 75 juta liter sehari bernilai RM220 juta.

“Justeru, saya mohon agar

Kementeria­n Utiliti menggunaka­n teknologi rawatan air terbaru tanpa menggunaka­n bahan kimia yang memberi risiko kesihatan dan kesejahter­aan pengguna,” katanya.

Isu lain yang perlu diselesaik­an di kawasannya kata beliau, termasuk penukaran status tanah di kawasan Skim Penempatan Semula Batang Ai yang dibangunka­n oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) untuk menjadi tanah Hak Adat Bumiputera (NCR)

“Masalah talian perkhidmat­an telekomuni­kasi juga perlu dipercepat dan diperluas kepada semua pengguna serta dana tambahan untuk memperluas kawasan perairan Lubok Antu, yang melibatkan dua jambatan gantung konkrit yang melintasi Sungai Batang Ai.

“Diharapkan Kerajaan Sarawak dapat membuat reka bentuk yang lebih unik dan estetik untuk menonjolka­n suasana di bandar ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia