Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung dan peniaga Tamu Manggatal daftar terima vaksin

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerinduan terhadap suasana meriah tamu sebelum pandemik COVID-19 antara penyebab utama para peniaga dan pengunjung Tamu Pekan Manggatal mendaftar dalam Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK) secara manual dan juga melalui aplikasi MySejahter­a secara sukarela pada Ahad.

Seorang peniaga, Mardea Poliang, 41, berkata, dia berasa lega setelah berjaya mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Saya bersyukur kerana berjaya mendaftar sebagai penerima vaksin dalam program ini memandangk­an sebagai peniaga, saya sentiasa terdedah dengan jangkitan yang boleh menyebabka­n saya dijangkiti atau menjangkit­i pembeli.

“Pada mulanya saya fikir imunisasi ini hanya untuk warganegar­a Malaysia sahaja, tetapi selepas mendengar hebahan dan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan barulah saya tahu bahawa pemegang pasport seperti saya juga boleh mendaftar,” katanya.

Bagi salah seorang penduduk kampung yang hadir ke program berkenaan, Fredoline Juil, 65, berkata, dia tidak sabar untuk ‘bebas’ dari pendemik COVID-19.

“Selepas lebih setahun hidup dalam ‘ketakutan’, saya melihat program pemberian vaksin ini sebagai harapan baru untuk saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang menganjurk­an program hari ini kerana ia amat membantu kami untuk mendaftar memandangk­an agak sukar membuat pendaftara­n di sesetengah perkampung­an di sini kerana ada dalam kalangan masyarakat yang tidak menggunaka­n telefon pintar selain tiada liputan talian telefon dan Internet yang baik.

“Sebaik sahaja dimaklumka­n ada kaunter pendaftara­n dibuka semasa Tamu di Pekan Inanam pada minggu lalu, saya terus mendaftark­an diri dan hari ini saya datang sekali lagi untuk mendaftark­an isteri pula,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tamu Pekan Manggatal, Renddy @ Kimus Onsih, 57, berharap para peniaga di tamu berkenaan mengambil peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk mendaftar bagi memastikan rantaian jangkitan COVID19 dapat diputuskan.

“Tamu adalah medan pertemuan orang ramai untuk membeli keperluan harian. Oleh itu, saya berharap para peniaga menjalanka­n tanggugjaw­ab mendaftar sebagai penerima vaksin bagi keselamata­n diri dan juga pelanggan.

“Saya akan memastikan lebih 900 orang peniaga yang berada di bawah jagaan saya untuk mendaftar demi kebaikan bersama,” tegasnya.

Program bermula pada jam 7 pagi itu mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Unit Promosi Kesihatan, PejabatKes­ihatanDaer­ahKota KInabalu, Majlis Keselamata­n Negara, Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat kawasan Inanam Datuk William Majimbun dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Hasmawati Karodda.

 ??  ?? MARDEA
MARDEA
 ??  ?? FREDOLINE
FREDOLINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia