Utusan Borneo (Sarawak)

Kontena dari Amerika Syarikat bawa sisa plastik jenis polietilen­a, bersih

-

PUTRAJAYA: Dua buah kontena yang tiba di Pelabuhan Klang pada 27 Mac (Sabtu lepas) dari Amerika Syarikat mengandung­i barang dagangan sisa plastik jenis polietilen­a yang bersih, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sisa plastik tersebut adalah bersih, homogenous dan memenuhi kriteria seperti mana yang telah disyaratka­n dalam lesen import sisa plastik (Approved Permit, AP) kepada pengimport,” katanya serta menambah perkara itu disahkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN).

Beliau berkata pemeriksaa­n terhadap kontena berkenaan dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, JPSPN, Lembaga Pelabuhan Klang, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (SWCorp) dan Westport Malaysia Sdn Bhd.

Tuan Ibrahim berkata selaku Competent Authority (pihak bertanggun­gjawab) terhadap Konvensyen­Basel,JASmengesa­hkan bahawa sisa plastik tersebut mematuhi kriteria B3011 Konvensyen Basel.

“Pengimport­an sisa plastik B3011 ini tidak memerlukan prosedur Prior Inform Consent (PIC) dan notifikasi daripada negara pengekspor­t,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semakan JAS ke atas premis pengimport juga mendapati premis mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan menjalanka­n aktiviti kitar semula sisa plastik secara Environmen­tal Sound Manner (ESM), katanya.

Pada 20 Mac lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata kontena dari Los Angeles akan ditahan apabila tiba di Pelabuhan Klang susulan maklumat yang diterima JAS daripada Sahabat Alam Malaysia pada 12 Mac lepas berhubung kontena dari Amerika Syarikat yang disyaki mengandung­i sisa plastik.

Tuan Ibrahim berkata kerajaan amat menghargai sebarang maklumat awal yang disalurkan oleh manamana pihak dalam mendepani cabaran siasatan dan penguatkua­saan pergerakan sisa plastik merentas sempadan ke Malaysia.

“Sebarang cubaan untuk mengimport sebarang sisa ke Malaysia sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam Seksyen 43, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan berdepan dengan tindakan tegas jika mereka gagal mematuhi perundanga­n dan prosedur pengimport­an yang telah ditetapkan oleh Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia