Utusan Borneo (Sarawak)

Makmal Ujian Keselamata­n Siber 5G pertama Malaysia siap menjelang 2023

-

CYBERJAYA: Malaysia bakal memiliki Makmal Ujian Keselamata­n Siber 5G pertamanya menjelang 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecur­ity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab.

Makmal itu bakal didirikan di dalam premis CSM di sini dan kemudahann­ya nanti mencakupi ekosistem ‘test bed’ 5G menyeluruh terdiri daripada teknologi seperti rangkaian capaian radio 5G, ‘Edge Network’, ‘Core Network’, Aplikasi Cloud selain peranti pengguna akhir yang dilengkapk­an dengan peralatan ujian keselamata­n.

Makmal itu bukan hanya melakukan ujian kes berkaitan Internet Benda (ioT) dan keselamata­n telekomuni­kasi tetapi meningkatk­an kesediaan negara untuk bertindak balas terhadap serangan siber berkaitan 5G, kata beliau dalam sidang media selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara CSM, Celcom Axiata Bhd dan Huawei Malaysia di sini semalam.

MoU yang ditandatan­gani semalam akan mewujudkan matlamat pemahaman, pembelajar­an, pengurusan dan mengurangk­an ancaman kepada keselamata­n 5G. Amirudin menandatan­gani MoU itu bagi pihak CSM, Celcom diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Idham Nawawi dan Huawei Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Michael Yuan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata makmal ujian itu akan menjadi model untuk keselamata­n siber hujung ke hujung, termasuk sejumlah senario dan menawarkan perkhidmat­an merangkumi aplikasi mudah alih dan penilaian perkakasan.

Sementara itu Idham berkata kerjasama itu mengukuhka­n lagi komitmen dan kewaspadaa­n Celcom untuk membangunk­an dan melakukan pembaharua­n dalam keselamata­n siber terutamany­a persiapan untuk memperkena­lkan teknologi 5G.

Beliau berkata syarikat telekomuni­kasi itu merancang untuk melakukan libat urus dan bekerjasam­a dengan rakan niaga daripada pelbagai teras teknologi dan menggunaka­n kelebihan makmal itu sebagai platform bagi penyelidik­an dan analisis untuk penyelesai­an IoT yang selamat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia