Utusan Borneo (Sarawak)

Menara telekomuni­kasi di Parlimen Puncak Borneo akan dinaik taraf

-

KUCHING: Semua menara telekomuni­kasi yang ada di Parlimen Puncak Borneo akan dinaik taraf dengan liputan rangkaian Celcom 4G, kata Ahli Parlimenny­a Datuk Willie Mongin.

Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi berkata, sehingga kini terdapat 17 menara sedia ada di konstituen­si itu telah dinaik taraf dengan Celcom 4G pada tahun ini.

“Kami menyasarka­n untuk menaik taraf 81 lagi menara sedia ada dengan Celcom 4G, yang mana kami berharap ia dapat dilaksanak­an tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an taklimat mengenai Program Malaysia Prihatin bersama Ketua Kaum di Mambong di sini, semalam.

Willie berkata, selain itu beberapa lagi menara tambahan baharu akan dibina di kawasan berkenaan di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Katanya terdapat 27 menara baharu akan dibina di Puncak Borneo di bawah program JENDELA dan projek berkenaan telah ditender.

Beliau berkata, pihaknya akan dimaklumka­n kontraktor mana yang berjaya dalam proses tender dan berharap semuanya dapat dilaksanak­an pada tahun ini.

“Kesemua menara di bawah JENDELA ini akan dipasang dengan liputan rangkaian Celcom 4G.

“Kita percaya jika semua kawasan dapat diliputi dengan menara telekomuni­kasi, Puncak Borneo boleh mencapai sekurang-kurangnya 98 peratus liputan rangkaian,” katanya.

Beliau berkata untuk mencapai 100 peratus liputan di kawasan Puncak Borneo mungkin mustahil kerana sangat bergantung kepada topologi permukaan bumi.

“Ini kerana sebahagian daripadany­a mungkin tidak dapat menikmati liputan maksimum walaupun mereka berada dalam lingkungan radius 2 kilometer dari menara kerana topologi,” katanya.

 ??  ?? WAWANCARA: Willie ketika ditemui pemberita selepas majlis bersama ketua kaum semalam.
WAWANCARA: Willie ketika ditemui pemberita selepas majlis bersama ketua kaum semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia