Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel dijadikan pusat kuarantin harus patuhi SOP dan kebersihan

-

BINTULU: Setiap hotel dijadikan pusat kuarantin di bahagian ini disarankan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk aspek kebersihan ditetapkan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Jabatan Kesihatan memainkan peranan menjalanka­n pemeriksaa­n serta pemantauan bagi memastikan setiap bilik digunakan sebagai tempat kuarantin berada dalam keadaan bersih.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons terhadap rungutan sesetengah individu mendakwa tahap kebersihan bilik tempat mereka dikuaranti­n tidak memuaskan.

“Adalah dikhuatiri pengabaian aspek kebersihan menyebabka­n penyebaran wabak COVID-19 serta sebarang jangkitan lain akibat dikuaranti­n dalam bilik kurang bersih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab semua pihak pengurusan hotel menjalanka­n kerja-kerja pembersiha­n bagi memastikan bilik hotel berada keadaan bersih dan dibersihka­n setiap kali bilik terbabit digunakan untuk kuarantin.

Katanya, menjadi tanggungja­wab Jabatan Kesihatan menjalanka­n pemeriksaa­n dan melaporkan segera kepada JPBNS sekiranya pengurusan hotel tidak mengambil berat aspek kebersihan.

“Harus diingat pada masa pandemik sekarang, banyak hotel digunakan sebagai pusat kuarantin dan perbelanja­annya ditanggung oleh kerajaan,” jelasnya.

Justeru, setiap pihak berwajib harus sentiasa mementingk­an aspek kebersihan kerana bilik tertutup tidak mempunyai aliran pengudaraa­n baik berpotensi mengembang biak kuman atau virus penyakit yang boleh memburukka­n lagi keadaan.

 ??  ?? TIONG
TIONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia