Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak merekodkan dua kematian baharu jangkitan COVID-19

-

KUCHING: Sarawak merekodkan dua kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 sementara 153 kes baharu dikesan di seluruh negeri semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, dengan dua kematian berkenaan ia menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Sarawak meningkat kepada seramai 107 orang.

“Kes kematian ke-106 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 33 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Miri kerana mangalami kesesakan pernafasan.

“Kes mempunyai gejala batuk sehari sebelum mendapatka­n rawatan di hospital dan saringan ujian COVID19 dengan rT-PCR adalah positif COVID-19 pada 28 Mac 2021.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2021 dan kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi,” katanya.

JPBNS memaklumka­n manakala kes kematian ke107 melibatkan seorang lelaki warga tempataan (Sarawak) berumur 61 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Bintulu setelah saringan kontak rapat dengan ujian rT-PCR adalah positif pada 20 Mac 2021.

Katanya, keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia 30 Mac 2021 dan kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapka­n ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa,” katanya.

Mengenai kes baharu semalam, terdapat 153 kes baharu COVID-19 dikesan dengan paling tinggi kes harian di Sibu iaitu 40 kes diikuti Miri (33), Kuching (20), Bintulu (18), Meradong (11), Marudi (6), Beluru (5), Julau (4), Tanjung Manis (4), Sarikei (3), Subis (3), Sri Aman (3), Samarahan (2) dan Sebauh (1).

Jawatankua­sa berkata ia menjadikan jumlah keseluruha­n meningkat kepada 16,214 kes.

Tambahanya daripada 153 kes baharu yang dilaporkan, seramai 17 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 98 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan

“Mereka ini terdiri daripada 93 orang yang merupakan individu yang telah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID19, seorang adalah individu yang balik dari luar negara (Import A) dan empat orang adalah individu yang balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia