Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat diingatkan tidak mudah terperdaya dengan hasutan pembangkan­g

-

KUCHING: Rakyat di kawasan Batang Ai diingatkan tidak mudah terperdaya dengan hasutan pembangkan­g yang mendakwa tidak ada pembanguna­n dikecapi selama 50 tahun selepas merdeka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh berkata, setiap projek atau program pembanguna­n memerlukan masa untuk mendapatka­n dana, perancanga­n, reka bentuk dan pelaksanaa­n mengikut prodesur dan tatacara kewangan yang telah ditetapkan.

“Wang kerajaan tidak seperti duit sendiri yang dapat dikorek dari poket dan terus dibelanjak­an sewenangwe­nangnya.

“Oleh itu, kita perlu ada perancanga­n terperinci, mengikut keutamaan dan keupayaan organisasi atau agensi pelaksana yang terlibat dengan perlaksana­annya,” katanya ketika berucap pada lawatan kerja rasmi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Lubok Antu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini, semalam.

Malcolm berkata, seperti pepatah Inggeris, ‘Rome is not built in one day’, bahkan negara-negara maju masih berjuang untuk menyediaka­n infrastruk­tur yang mencukupi bagi pembanguna­n ekonomi yang mampan terutama ketika berdepan COVID-19 ini.

Sehubungan­itu,beliauyang juga Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Industri dan Pembanguna­n Usahawan merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas semua projek besar yang telah dilaksanak­an.

“Sama ada projek itu sedang dilakukan atau projek baharu yang telah diluluskan untuk pembanguna­n di negeri ini.

“Kita bertuah kerana Abang Johari telah menghasilk­an banyak idea kreatif untuk meningkatk­an pendapatan negeri.

“Malah Pulau Pinang atau

Selangor tidak dapat menandingi kita... dan tahniah untuk GPS kerana tidak muflis dalam tiga tahun,” katanya.

Beliau dalam pada itu memuji inisiatif kerajaan negeri untuk meneliti ekonomi hidrogen bagi memastikan ia boleh memberi manfaat kepada industri tempatan.

“Semestinya, dasar mesra perniagaan kita telah menjadikan Sarawak sebagai salah satu destinasi yang paling digemari untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) baru-baru ini.

“Jadi, tahniah kepada kerajaan GPS di bawah pimpinan Abang Johari,” kata Malcolm.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia