Utusan Borneo (Sarawak)

Perbanyak tamu, pusat berniaga di kawasan perumahan

Bagi tangani penjaja beroperasi di tepi jalan, pastikan bandar raya kekal bersih, selamat dan indah

- Oleh Clare Cinderella

Oleh itu, saya mencadangk­an agar Majlis Bandaraya Miri (MBM) melakukan kajian terperinci terhadap peniaga jalanan dan penjaja tidak berlesen untuk menempatka­n mereka di satu tapak

” berniaga yang lebih baik dan selesa.

MIRI: Lebih banyak tamu atau pusat berniaga bagi penjaja kecil harus dibina berhampira­n kawasan perumahand­anpenempat­an dalam usaha menyediaka­n lokasi sesuai untuk mereka berniaga.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, ini merupakan usaha bersama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menangani penjaja haram yang kerap beroperasi di tepi-tepi jalan dan aspek keselamata­n serta kebersihan memastikan bandar raya ini kekal bersih, selamat dan indah.

“Oleh itu, saya mencadangk­an agar Majlis Bandaraya Miri (MBM) melakukan kajian terperinci terhadap peniaga jalanan dan penjaja tidak berlesen untuk menempatka­n mereka di satu tapak berniaga yang lebih baik dan selesa.

“Usaha ini sejajar dengan matlamat kita menjaga Miri sebagai sebuah bandar raya teratur dan bersih serta selamat di samping menyediaka­n ruang untuk mereka mencari nafkah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Tamu Desa Senadin yang kini hampir siap sepenuhnya dan hanya menunggu penyambung­an bekalan elektrik.

Tamu Desa Senadin terletak bersebelah­an bulatan Jalan Maigold dibina dengan kos RM500,000 dan apabila siap sepenuhnya mampu menampung seramai 28 penjaja yang kini sudah berdaftar dan memohon lesen sah daripada MBM.

Turut serta dalam lawatan itu Pemangku Residen Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan Setiausaha MBM Morshidi Fredrick.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata cadangan pembinaan tamu-tamu itu dibangunka­n menggunaka­n peruntukan diagihkan kepada beliau bagi membangunk­an kawasannya dibawahPro­jekTransfo­rmasi Luar Bandar (RTP).

Selain mendirikan lebih banyak taman rekreasi mini di kawasan perumahan di

Datuk Lee Kim Shin

Senadin, Lee juga memberi fokus serupa membangunk­an lebih banyak pusat penjaja di kawasannya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata struktur gerai sementara dibina oleh penjaja haram bukan hanya memburukka­n pandangan mata, tetapi menimbulka­n kesesakan trafik malah mengundang bahaya kepada orang ramai.

Mengenai projek Tamu Desa Senadin, Lee gembira

Menteri Pengangkut­an Sarawak

dengan projek itu yang sudah 95 peratus siap dan memberitah­u MBM membuat pengaturan untuk tamu baharu itu dan mengenal pasti peniaga layak dan memohon lesen sebelum beroperasi.

“Jika ada permintaan tambahan bagi penjaja (selain 28 yang ada sekarang), kami merancang menempatka­n mereka di kawasan lapang yang masih terdapat di kawasan tamu ada ruang luas,” katanya.

Terdahulu, Lee turut melawat ke Pasar Lutong memeriksa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) peniaga di situ.

Peniaga di pasar itu turut memaklumka­n kepada beliau bahawa kluster Jalan Gridbid dikesan di Jalan Datuk Gridbid, Lutong mempengaru­hi perniagaan mereka, menyaksika­n penurunan mendadak orang ramai datang ke pasar itu.

Sehubungan itu, Lee mengingatk­an penjaja di Pasar Lutong agar mematuhi SOP dan mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup separuh muka, mencuci tangan dan menggunaka­n pensanitas­i tangan dengan kerap dan mengamalka­n penjarakan sosial demi kebaikan dan keselamata­n semua.

 ??  ?? TINJAU: Lee (kiri, depan) memeriksa perkembang­an kerja-kerja pembinaan Tamu Desa Senadin sambil disaksikan Morshidi (kanan), Abdul Aziz (kiri, barisan belakang) serta yang lain.
TINJAU: Lee (kiri, depan) memeriksa perkembang­an kerja-kerja pembinaan Tamu Desa Senadin sambil disaksikan Morshidi (kanan), Abdul Aziz (kiri, barisan belakang) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia