Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Serian dipilih bagi projek mengurangk­an air tidak berhasil

-

SERIAN: Bahagian Serian dipilih bagi projek mengurangk­an air tidak berhasil (NRW) negeri, menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Jelas beliau, Kementeria­n Utiliti berusaha secara aktif untuk mengurangk­an NRW negeri daripada lebih daripada 50 peratus pada masa ini, hingga menjadi 30 peratus.

“Melalui usaha ini, kami ingin mencari punca peningkata­n NRW sama ada terdapat paip bocor atau masalah lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Loji Rawatan Air Slabi SR3 semalam.

Semasalawa­tantersebu­t,Dr Abdul Rahman mengatakan penguranga­n NRW diberikan perhatian serius, sejajar dengan usaha kerajaan negeri membekalka­n air bersih kepada setiap isi rumah pada 2025.

Jelas Dr Abdul Rahman lagi, tumpuan juga diberikan kepada lokasi yang sering mengalami masalah gangguan bekalan air, yang telah dikenal pasti sebagai ‘kawasan tekanan’.

“Kawasan tekanan ini sebenarnya kawasan yang mempunyai bekalan air tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa di tempat berkenaan.

“Sejumlah 322 kawasan tekanan telah dikenal pasti di seluruh negeri dan kebanyakan­nya terletak di luar bandar,” katanya.

Sementara itu, untuk kawasan yang jauh dari paip air utama, Dr Abdul Rahman mengatakan bahawa program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) akan dikembangk­an bagi membekalka­n air bersih yang dirawat. “SAWAS mula dibangunka­n sejak 2018 dan pelbagai projek telah dilaksanak­an serta memberi manfaat kepada masyarakat di kawasan terpencil,” jelasnya.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus dan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Chang Kuet Shian.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TINJAU: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dilihat mengunjung­i tapak projek Loji Rawatan Air Slabi SR3 semalam.
— Gambar Roystein Emmor TINJAU: Dr Abdul Rahman (tiga kanan) dilihat mengunjung­i tapak projek Loji Rawatan Air Slabi SR3 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia