Utusan Borneo (Sarawak)

10 lagi projek RTP bernilai RM3.1 juta dilaksana di DUN Semop

-

PULAU BRUIT, DARO: Sepuluh lagi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) akan dilaksanak­an dalam masa terdekat di 10 kampung dalam DUN Semop di sini, melibatkan peruntukan kirakira RM3.1 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata, 10 projek itu adalah sebahagian daripada 18 projek RTP yang telah dipohon dan diserahkan kepada Pejabat Residen pada 2020 untuk dilaksanak­an pada 2021 (tahun ini).

Antara 10 projek baharu yang akan dilaksanak­an ialah naik taraf jalan dalam Kampung Hulu Semop bernilai RM450,000, naik taraf jalan dalam Kampung Betanak RM550,000 dan bina jambatan dan jalan kubur, Kampung Tekajong bernilai kira-kira RM450,000.

“Memandangk­an projek jalan utama di utara Pulau Bruit yang menempatka­n tujuh kampung telah diturap, sebahagian besar penduduk yang berkendera­an mengharapk­an supaya jalan raya dalam kampung dapat dinaik taraf supaya kenderaan mereka dapat masuk kampung dengan selesa dan selamat.

“Justeru, sebahagian besar peruntukan RTP sejak tiga tahun lepas digunakan untuk menaik taraf atau membina baharu banyak jalan perhubunga­n dalam kampung dan rumah panjang dalam DUN Semop,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai lawatan kerjanya semalam.

Tujuan lawatan kerja ke tapak-tapak cadangan projek RTP tersebut adalah untuk membuat penilaian teknikal dan perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat di kampung berkaitan supaya projek itu dilaksanak­an benarbenar mengikut keperluan penduduk kampung.

Lawatan kerja itu turut disertai oleh pegawai-pegawai Pejabat Daerah Daro, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Peruntukan RTP juga digunakan untuk membaiki rumah ibadat dan menaik taraf kemudahan lain seperti dewan dan jeti awam.

Semasa lawatan kerja ini, beliau juga menerima beberapa permohonan baharu daripada pemimpinpe­mimpin kampung untuk beberapa projek kecil dalam kampung seperti perparitan dan padang tempat letak kereta.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) berkata lagi, beliau turut ke upacara ringkas penyerahan tapak empat projek RTP yang telah siap dilaksanak­an.

Upacara ringkas membabitka­n wakil agensi, kontraktor dan ketua kaum itu membabitka­n empat kampungdis­ini,membabitka­n projek bernilai RM940,000.

Antara projek siap terbabit ialah bina baharu jambatan Kampung Laut Penipah bernilai RM270,000 dan naik taraf jalan Sesco, Kampung Bruit bernilai RM250,000.

“Empat projek ini sebenarnya adalah sebahagian daripada 33 projek RTP yang dicadangka­n pada 2019 untuk dilaksanak­an dalam kawasan DUN N42 Semop pada 2020.

“Tetapi ancaman COVID-19 serta PKP telah membantutk­an jadual kerja dan menyebabka­n kelewatan sebahagian besar pelaksanaa­n projek-projek tersebut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penghargaa­n kepada agensi-agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah, JKR dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sama ada di peringkat daerah atau bahagian yang sentiasa memberi kerjasama.

“Kesungguha­n pegawaipeg­awai yang terbabit, yakni ada sebahagian besar terpaksa turun kerja pada hujung minggu untuk memastikan pelbagai projek terutama di luar bandar yang dipohon wakil rakyat dapat dilaksanak­an dengan segera,” katanya.

 ??  ?? PROJEK SIAP: Abdullah menyaksika­n penyerahan Projek Bina Baharu Jalan Masuk Kampung yang telah siap dilaksanak­an di Kampung Tekajong, Pulau Bruit, semalam.
PROJEK SIAP: Abdullah menyaksika­n penyerahan Projek Bina Baharu Jalan Masuk Kampung yang telah siap dilaksanak­an di Kampung Tekajong, Pulau Bruit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia