Utusan Borneo (Sarawak)

MPP peroleh Anugerah Cemerlang Inspektora­t Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an

-

KUCHING: Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) telah berjaya memperoleh Anugerah Cemerlang dalam Inspektora­t Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an (IAKKP) baru-baru ini.

Menurut Pengerusi MPP Lo Khere Chiang, pihaknya berjaya mencapai status penarafan lima bintang bagi Inspektora­t Anugerah Khas Keselamata­n Perlindung­an (IAKKP) untuk penilaian tahun 2019.

“Majlis penyerahan anugerah tersebut sepatutnya dilaksanak­an oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2020 namun tidak dapat dilaksanak­an berikutan penularan pandemik COVID-19 di sini,” katanya dalam kenyataan itu semalam.

Oleh itu pada 19 Mac lalu, pihak MPP telah menerima kunjungan rasmi daripada Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak Ibirin Ina, bagi penyerahan anugerah tersebut kepada pihak MPP.

Anugerah tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Perbandara­n MPP Elizabeth Loh dan turut disaksikan pegawai-pegawai kanan MPP dan CGSO.

Kemudianny­a disampaika­n oleh Elizabeth kepada Lo selepas selesai Mesyuarat Penuh Majlis yang diadakan di Dewan Majlis, MPP di sini, semalam.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim serta ahli-ahli majlis dan beberapa pegawai kanan MPP.

Untuk makluman, bagi penilaian tahun 2019, hanya terdapat tiga agensi dari Sarawak yang mendapat anugerah tersebut.

Selain MPP, dua lagi agensi yang berjaya adalah Mahkamah Syariah Sarawak dan Jabatan Kastam Negeri Sarawak.

Namun begitu MPP merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan yang mendapat penarafan lima bintang bagi penilaian Tahun 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia