Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus melaksanak­an setiap projek diamanahka­n

-

MUKAH: Rakyat harus memikul amanah dengan melaksanak­an setiap projek atau bantuan dititipkan untuk mereka usahakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata kerajaan sentiasa mencari jalan khususnya bagi rakyat di luar bandar memperting­katkan taraf ekonomi melalui bidang pertanian.

“Kerajaan sedia membantu dengan peralatan serta kelengkapa­n yang menelan kos tinggi dan sebagai peserta harus melaksanak­an tanggungja­wab dengan sebaik mungkin,” katanya pada Majlis Penyerahan Peserta ‘Agricultur­e Facilitati­on Programme’ di Dewan Suarah Matu kelmarin.

Sebagai contoh, segala kos peserta program pertanian di kawasan Matu dan Igan berjumlah RM1,004,000 melibatkan 111 peserta dalam pelbagai program pertanian.

Menurutnya, adalah menjadi matlamat jabatan serta agensi kerajaan terbabit melihat kejayaan terukir melalui program serta bantuan disuntik kepada peserta.

“Selain dapat menjadi satu contoh kepada yang lain dan diikuti, bantuan daripada aspek lain juga mungkin difikirkan pada masa depan bagi memperbaik­i apa-apa kekurangan,” katanya.

Selain itu, Juanda turut meminta kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan masing-masing menyenarai­kan keperluan atau bantuan untuk pekebun.

“Jangan tercicir seorang pun nama pekebun untuk mendapatka­n apa-apa bantuan,” katanya.

Bagaimanap­un, bantuan diharapkan mungkin tidak sesegera yang difikirkan dan perlu sedikit masa sesuai dengan bajet dan stok semasa jabatan berkaitan.

Juanda berkata, kerajaan negeri ketika ini juga sedang fokus ke arah menjadi pengekspor­t makanan, justeru kegiatan pertanian amat dititikber­atkan.

Pada masa sama, beliau juga mahu setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di kawasannya didaftar untuk mendapat Kenyalang Gold Card (KGC).

“Ini supaya semua kemudahan dan keistimewa­an daripada kerajaan menyentuh aspek kebajikan dapat dinikmati dengan sewajarnya oleh golongan terbabit,” jelasnya.

Majlis sama turut menyaksika­n pelantikan KMKK baharu dan bacaan ikrar daripada barisan KMKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia