Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran terima bantuan wang tunai dan barang makanan

-

SIBU: Temenggung Datuk Vincent Lau menyampaik­an bantuan wang tunai dan barang makanan kepada mangsa kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini semalam bagi meringanka­n beban mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas menghulurk­an bantuan di lokasi itu semalam, Lau prihatin nasib menimpa mangsa kebakaran.

“Ini adalah sumbangan peribadi saya di mana saya memberikan RM500 setiap isi rumah dan beberapa barang makanan. Saya tahu selepas kejadian itu, mereka kehilangan segalanya.

“Saya berasa sangat sedih dengan kejadian yang meragut nyawa ini. Sekiranya anda melihat kawasan ini, ia tidak begitu kondusif.

“Saya faham kerajaan mempunyai niat membangunk­an semula tempat ini (kawasan Bukit Assek). Datuk Chieng Buong Toon (ketua Jawatankua­sa Pembaharua­n Bandar Sibu) adalah orang yang mengawasi pembanguna­n semula tempat ini.

“Jadi, saya harap kerajaan mengambil tindakan segera untuk membangun kembali khususnya kawasan Bukit Assek menjadikan­nya lebih kondusif untuk didiami,” katanya.

Beliau kawasan perumahan tersebut sering berlaku kebakaran disebabkan pendawaian lama.

Demi keselamata­n, beliau menasihati penduduk memeriksa pendawaian rumah mereka untuk meminimumk­an risiko kebakaran.

Lau juga menasihati penduduk menyimpan alat pemadam api di rumah.

“Apabila tiada berlaku (kebakaran), penduduk berpuas hati tetapi tidak pernah tahu bila perkara itu berlaku. Saya harap orang ramai mengambil langkah mengurangk­an risiko kebakaran,” katanya.

Untuk mencapai tujuan ini, beliau percaya pihak berwajib juga memberi bantuan dan begitu juga beberapa parti politik.

“Persatuan Pemimpin Komuniti Cina Bahagian Sibu, kami juga terlibat,” kata Lau yang merupakan ketua persatuan itu.

Turut hadir Senator Robert Lau, Pegawai Daerah Sibu Suhaili Mohamed, Chieng, Kaunselor Joseph Chieng dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak memberitah­u bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.55 pagi dan mengerahka­n 24 anggota bomba ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Beliau menyatakan empat rumah musnah sementara rumah lain sekitar 50 peratus musnah dalam kebakaran. Api berjaya dipadamkan jam 7.50 pagi.

Mayat seorang lelaki rentung ditemui di salah satu daripada lima rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tiong Hua di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Chiu Woei Ming, 45, ditemui tertiarap di bawah timbunan kayu dalam salah satu rumah terbakar.

 ??  ?? SEDIA JALAN TUGAS: Jumaat (depan, tiga kiri) bersama anggota ketika Sambutan Hari Angkatan Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 Peringkat Bahagian Mukah semalam.
SEDIA JALAN TUGAS: Jumaat (depan, tiga kiri) bersama anggota ketika Sambutan Hari Angkatan Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 Peringkat Bahagian Mukah semalam.
 ??  ?? SUMBANGAN: Lau (empat kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran sementara yang lain melihat sama.
SUMBANGAN: Lau (empat kiri) menyampaik­an sumbangan peribadi kepada mangsa kebakaran sementara yang lain melihat sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia