Utusan Borneo (Sarawak)

500 anggota APM Mukah bersedia berkhidmat

-

MUKAH: Sekitar 500 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bahagian Mukah sedia berkhidmat dan dipanggil bertugas pada bila-bila masa.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Matu Leftenan (PA) Jumaat Akasas berkata, ia merupakan kekuatan anggotanya sekali gus gabungan beberapa daerah di bahagian ini.

“Ini merupakan jumlah anggota boleh dipanggil bertugas pada bila-bila masa,” katanya setelah selesai Sambutan Hari Angkatan Pertahanan Awam (HUTPA) Ke-69 Peringkat Bahagian Mukah semalam.

Ini termasuk anggota APM di Daerah Mukah, Dalat, Igan, Matu dan Daro.

Sementara itu, beliau juga amat berterima kasih serta menghargai kerjasama masyarakat keseluruha­nnya terutama ketika tempoh pandemik COVID-19 ini.

Penglibata­n anggota APM memang tidak dapat disangkal terutama menyertai anggota barisan hadapan lain dalam beberapa aspek menyentuh keselamata­n awam.

Ini termasuk bertugas di pusat kuarantin, operasi sekatan jalan raya dan tugasan dalam komuniti terutama sepanjang menghadapi pandemik COVID-19.

Katanya, penglibata­n itu sejajar dengan tema sambutan kali ini iaitu ‘Perlindung­an Awam Mampan Menyelamat­kan Ekonomi Negara’ iaitu satu visi norma baharu.

Secara simbolik, satu acara pengibaran bendera diadakan menggunaka­n bot di Batang Mukah oleh APM.

Pihaknya turut tidak terlepas mengadakan sambutan secara dalam talian untuk peringkat kebangsaan di Ibu Pejabat Selangor pada 24 Mac lalu dan dipancarka­n.

Pada masa sama, Jumaat menyeru masyarakat terus patuh kepada semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

 ??  ?? LENGKAP: Juanda (kiri) bersama Jabatan Pertanian dan peserta program penerima bantuan peralatan pada majlis tersebut.
LENGKAP: Juanda (kiri) bersama Jabatan Pertanian dan peserta program penerima bantuan peralatan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia