Utusan Borneo (Sarawak)

Razuna dipilih sebagai pengerusi baharu PERKIM Cawangan Bintulu

-

BINTULU: Razuna Kiprawi dipilih sebagai pengerusi baharuPert­ubuhanKeba­jikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bintulu bagi sesi 2021-2022 pada pemilihan ahli jawatankua­sa baharu pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-32 PERKIM Bintulu di sini.

Pengerusi tetapnya Noriha Ali dan timbalanny­a Napsiah Suhaili.

Jawatan naib pengerusi disandang Datin Sultan Patimah SK Ismail serta setiausaha dan bendahari masing-masing disandang oleh Rahmah Ali dan Halimah Bakar.

Ahli jawatankua­sa dipilih terdiri daripada Seniah Mat, Patimah Suhaili dan Dayang Roseta Abang Sebli.

Manakalaah­lijawatank­uasa dilantik ialah Doris Dahlan, Nur Amalina Abdullah, Norlia Shawal, Junaidah Daut dan Norlizawat­i Noh.

Seramai 50 ahli lama dan baharu PERKIM Cawangan Bintulu hadir mesyuarat agung tersebut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang COVID19.

Razuna berterima kasih kepada bekas pengerusi PERKIM Bintulu Dora Abdul Rahman yang banyak berjasa sepanjang menerajui pertubuhan itu.

Beliau berharap ahli-ahli PERKIM Bintulu terus bekerjasam­a dan menjayakan aktiviti dilaksanak­an dan membetulka­n niat dalam gerak kerja dengan semangat berpasukan serta menjaga hubungan baik antara satu sama lain.

“Salamkebaj­ikandiucap­kan kepada semua barisan AJK PERKIM Cawangan Bintulu baru dilantikan dan dipilih,” katanya pada mesyuarat itu.

Sementara itu, Dora berkata beliau sedia memberi sokongan kepada barisan AJK baharu demi menjayakan aktiviti yang dilaksanak­an.

“Tahniah kepada semua dilantik dan lantikan serta pemilihan itu adalah satu kepercayaa­n perlu digalas penuh tanggungja­wab sambil memacukan PERKIM Bintulu mencapai objektif,” katanya.

Beliau berharap usaha menjalanka­n tugas dipertangg­ungjawabka­n dalam PERKIM dipermudah­kan dan mendapat ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

“Saya juga berharap semua AJK dapat menggemble­ng tenaga dengan semangat jitu serta membina hubungan erat, berfikiran positif serta saling percaya mempercaya­i,” katanya.

 ??  ?? AMANAT: Razuna menyampaik­an ucapannya setelah dipilih sebagai pengerusi baharu pada mesyuarat agung PERKIM Cawangan Bintulu.
AMANAT: Razuna menyampaik­an ucapannya setelah dipilih sebagai pengerusi baharu pada mesyuarat agung PERKIM Cawangan Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia