Utusan Borneo (Sarawak)

Penyalahgu­naan dadah masih membimbang­kan menyebabka­n polis terpaksa bekerja keras membantera­snya

- Oleh W. Bolly Ongie

MARUDI: Polis Marudi berikrar terus memerangi kes-kes jenayah dan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan penduduk luar bandar di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Marudi DSP Jo Hang berkata, kegiatan penyalahgu­naan dadah masih menjadi perkara membimbang­kan di sini menyebabka­n polis terpaksa bekerja lebih keras membantera­s gejala penagihan dadah di luar bandar.

Menurutnya, meskipun masalah berkaitan dadah masih aktif di sini, namun kes jenayah menurun dengan ketara terutama dalam tempoh tiga bulan tahun ini

Di samping itu, kita turut mengadakan sekatan jalan raya Ops Bersepadu di pekan Long Lama bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan turut membuat pemeriksaa­n rutin bagi menyekat kegiatan pengedaran dadah dan jenayah

” lain.

DSP Jo Hang

Ketua Polis Daerah Marudi

berbanding tempoh sama tahun lalu.

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Polis Ke214 Peringkat Daerah Marudi

di sini, beliau melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukannya membantu menyelesai­kan beberapa kes berkaitan jenayah pecah rumah dengan tertangkap­nya tujuh suspek.

“Di samping itu, kita turut mengadakan sekatan jalan raya Ops Bersepadu di pekan Long Lama bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan turut membuat pemeriksaa­n rutin bagi menyekat kegiatan pengedaran dadah dan jenayah lain.

“Adalah menjadi matlamat kita membantera­s semua kegiatan penyalahgu­naan dadah dan kes jenayah dengan melakukan pemeriksaa­n dan jika ada yang disyaki terbabit kita akan mengambil tindakan seterusnya terhadap mereka,” jelasnya.

Sementara itu, sambutan diadakan di Dewan Badminton Good Shepherd di sini, dihadiri 23 anggota polis yang menerima sijil penghargaa­n daripada Jo.

Manakala enam orang lagi menerima kenaikan pangkat iaitu Sarjan Mejar (SM) Abang Reduan Abang Haid, SM Embrose Henry Sipok, Sarjan Raymond Bilong, Sarjan Rosnani Adi, Sarjan Jelia Umar dan Sarjan Mohd Azri Sulaiman.

 ??  ?? TAHNIAH: Anggota polis menerima kenaikan pangkat bersama DSP Jo (tengah) di Marudi.
TAHNIAH: Anggota polis menerima kenaikan pangkat bersama DSP Jo (tengah) di Marudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia