Utusan Borneo (Sarawak)

RedONE agih hadiah bernilai RM2.2 juta ketika konvensyen untuk rakan niaga

-

KUCHING: Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia, redONE Network Sdn Bhd (redONE) mengadakan konvensyen maya interaktif untuk 2,000 rakan jualan niaganya di seluruh negara pada 6 Mac lalu.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia bagi menggantik­an makan malam tahunan Star Night yang ditanggung­kan berikutan sekatan akibat pandemik COVID-19 sebelum ini.

“Acara bertemakan ‘Konvensyen Sahabatku 2021’ tersebut bertujuan menunjukka­n penghargaa­n redONE kepada peniaga-peniaga yang telah bekerja keras pada 2020.

“Ia menyaksika­n lebih daripada RM2 juta hadiah wang tunai dan hadiah cabutan bertuah diberikan.

“Tema ini dipilih untuk memberikan penekanan tentang kepentinga­n rakan niaga jualan kerana mereka ibarat rakan dan keluarga,” katanya.

Panel dalam konvensyen tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif redONE Farid Yunus, Ketua Pegawai Jualan Ben Teh dan Ketua Pegawai Operasi Tee Yew Yaw.

Tegasnya, walaupun pihaknya tidak dapat bertemu secara fizikal pada tahun ini kerana pandemik, namun gembira dapat melihat rakan niaga menerusi siaran langsung.

Pihak kami berasa bangga dengan pencapaian mereka pada 2020 walaupun tahun berkenaan merupakan tahun yang sukar bagi semua orang, kata Farid menjelaska­n.

Konvensyen itu merangkumi beberapa topik menarik dan berwawasan termasuk prestasi redONE terhadap para pesaingnya, pertumbuha­n dari segi bahagian pasaran, rancangan strategik untuk tahun ini, pengembang­annya ke Singapura (2019), Thailand dan Filipina pada 2021.

Aplikasi mudah alih inovatif baharu iaitu redADS turut dilancarka­n untuk membantu rakan jualan redONE menjana lebih banyak penjualan dan merekrut ejen penjualan dengan lebih cekap.

Sebagai penghargaa­n kepada rakan niaga jualannya, redONE telah memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM573,000 kepada 51 rakan niaga dalam Cabaran Jualan Pascabayar.

Selain itu, 20 pemenang bertuah yang layak memenangi sebuah kereta baharu dalam Hadiah Bonanza Kereta 2020 yang terdiri daripada dua Toyota Hilux, sembilan Proton X50 dan sembilan Perodua Aruz.

Peserta lain juga layak mendapat cabutan bertuah di mana 100 baucar tunai redMALL bernilai RM1,000 setiap satu telah diberikan.

Nilai keseluruha­n hadiah yang diberikan ketika Konvensyen Sahabatku 2021 berjumlah RM2.2 juta dan ia menunjukka­n penghargaa­n redONE kepada semua rakan niaganya sambil mendorong mereka untuk terus berusaha pada 2021.

 ??  ?? BERSAMA: Tee (tengah) berinterak­si bersama peserta ketika penstriman langsung interaktif sambil diperhatik­an Ben (kiri) dan Farid.
BERSAMA: Tee (tengah) berinterak­si bersama peserta ketika penstriman langsung interaktif sambil diperhatik­an Ben (kiri) dan Farid.
 ??  ?? KENANGAN: (Dari kiri) Tee, Farid, dan Ben ketika Konvensyen Sahabatku 2021.
KENANGAN: (Dari kiri) Tee, Farid, dan Ben ketika Konvensyen Sahabatku 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia