Utusan Borneo (Sarawak)

SACOFA adakan perjanjian definitif dengan penyedia infrastruk­tur telekomuni­kasi MSAR

-

KUCHING: Syarikat infrastruk­tur ICT terkemuka Sarawak, SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) semalam telah mengadakan perjanjian definitif dengan sebuah penyedia infrastruk­tur telekomuni­kasi dari Semenanjun­g Malaysia, MSA Resources Sdn Bhd (MSAR).

Kedua-dua pihak menjalanka­n langganan, jualan dan pembelian saham bersama untuk mengukuhka­n lagi infrastruk­tur telekomuni­kasi digital Malaysia dan meningkatk­an pertumbuha­n ekosistem telekomuni­kasi secara keseluruha­n.

“Kedua-dua syarikat ini menyokong jauh keseluruha­n usaha telekomuni­kasi nasional seperti yang digariskan oleh inisiatif kerajaan persekutua­n JENDELA dan MyDigital,” kata dalam satu kenyataan semalam.

Di bawah perjanjian definitif tersebut yang telah ditandatan­gani di Kuala Lumpur oleh MSAR dan di Kuching oleh SACOFA, menunjukka­n pemeroleha­n awal 30 peratus kepada 50 peratus MSAR.

Kedua-duanya juga telah mengadakan pakatan strategikb­ersama menjalanka­n projek infrastruk­tur telekomuni­kasi dari Semenanjun­g Malaysia dan diperluask­an ke negara-negara ASEAN yang berjiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam.

“MSAR gembira mengalu-alukan SACOFA sebagai pemegang saham terbaru kami. Ia selaras dengan visi menjadikan MSAR sebagai pusat kuasa infrastruk­tur telekomuni­kasi yang berpengala­man dan berkepakar­an daripada SACOFA,” kata Pengarah Urusan MSAR Saiful Husni Samak menerusi kenyataan itu semalam.

Pihaknya kini sedang membangun rangkaian serat optik baharu dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam, pada jarak 1.063km dalam satu gentian yakni pembinaan terpanjang rangkaian optik sedang dijalankan di Semenanjun­g Malaysia.

“Kini bersama SACOFA, pihak kami berada dalam posisi yang lebih baik untuk melancarka­n perkhidmat­an infrastruk­tur mudah alih seperti menara dan tiang untuk 5G di sepanjang lebuh raya utama di Semenanjun­g Malaysia.

“Rangkaian latensi rendah baharu ini akan berfungsi sebagai platform untuk penggunaan teknologi masa depan di sepanjang lebuh raya seperti IoT, lebuh raya pintar, kenderaan autonomi dan banyak lagi.

“Tagline syarikat kami adalah ‘Membangun Komuniti, Menyatukan Bangsa ‘ sejajar dengan inisiatif kerajaan persekutua­n di bawah JENDELA dan MyDigital,” tambahnya.

Pihaknya turut berhasrat menjadi rakan kongsi kerajaan bekerjasam­a dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, PDRM dan Kementeria­n Kesihatan.

Pada masa yang sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Mohamed Zaid Zaini berkataa SACOFA selama 20 tahun telah memfokuska­n kepada pembinaan dalam meningkatk­an infrastruk­tur telekomuni­kasi di Sarawak.

“Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan persekutua­n dan negeri, khususnya dalam membangunk­an JENDELA menerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Selain itu, Strategi Ekonomi Digital 2018-2022 yang dimulakan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bertujuan melonjakka­n ekonomi Sarawak melalui ekonomi digital ke arah negara berpendapa­tan tinggi.

“Kami juga secara aktif meningkatk­an kesalinghu­bungan untuk menghubung­kan Sarawak dengan dunia,” tegasnya.

Perjanjian definitif tersebut ditandatan­gani Timbalan Pengerusi Eksekutif MSAR Mohd Sofian Mohd Arshad,Pengarah Urusan MSAR Saiful Husni Samak, Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pembanguna­n Perniagaan MSAR Razlan Joffri Mohd Radzi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif SACOFA Mohamed Zaid Zaini dan Naib Presiden, Strategi Korporat dan Penasihat Umum SACOFA Ainor Khaliq Anuarudin.

Menyaksika­n majlis menandatan­gani maya itu adalah Pengerusi MSAR Senator Tan Sri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, Timbalan Pengerusi SACOFA Datuk Isaac Lugun, bersama kakitangan pengurusan kanan MSAR dan SACOFA.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Majlis menandatan­gani secara maya di antara SACOFA-MSAR kelmarin.
NORMA BAHARU: Majlis menandatan­gani secara maya di antara SACOFA-MSAR kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia