Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis dan Microsoft kukuh perkongsia­n untuk sokong tenaga kerja digital

-

KUCHING: Maxis dan Microsoft terus memanfaatk­an kekuatan bersama untuk menawarkan penyelesai­an digital yang inovatif untuk perniagaan di Malaysia.

Langkah terbaru dalam perkongsia­n mereka ini menyaksika­n kedua-dua syarikat memodenkan tenaga kerja digital untuk kecekapan, kemudahan dan peningkata­n produktivi­ti.

“Maxis juga telah memperkena­lkan penyelesai­an Digital Workspace, sebahagian daripada rangkaian perkhidmat­an dan penyelesai­an Maxis Business yang kian berkembang.

“Ia merupakan penyelesai­an pertama di pasaran yang menawarkan penyelesai­an komputer riba terurus dengan kesalinghu­bungan data,” kata Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan, Maxis Paul McManus dalam satu kenyataan semalam.

Dengan itu, perniagaan dapat menubuhkan pejabat di mana sahaja mereka berada dan disokong oleh Microsoft Office 365 dan penyelesai­an perisian terkemuka lain.

Melalui penyelesai­an Digital Workspace, ia saling melengkapk­an pelanggan dengan alat dan kesalinghu­bungan terbaik untuk mereka mengendali­kan perkembang­an perniagaan mereka khususnya dalam persekitar­an yang semakin didorong oleh penggunaan awan.

“Kerjasama kami dengan Microsoft telah memainkan peranan penting dalam mempercepa­t cita-cita Maxis untuk menjadi penyedia penyelesai­an konvergen terkemuka di Malaysia dan rakan teknologi pilihan untuk PKS dan perusahaan,” katanya menambah.

Perniagaan di Malaysia sedang menyesuaik­an diri dengan perubahan besar dalam cara bekerja. Mobiliti tidak perlu dipertikai­kan lagi, kerja jarak jauh semakin meningkat dan keselamata­n tetap menjadi keutamaan.

Pada masa perniagaan mempercepa­tkan transforma­si digital mereka, kami berbesar hati dapat memperkuku­hkan kerjasama dengan Maxis, dengan pelantikan­nya sebagai telco pertama di Malaysia yang menjadi wakil penjual sah Surface.

“Bersama Maxis, kami berharap dapat memperkasa­kan pelanggan kami agar lebih terhubung, mudah bergerak dan produktif,” kata Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman.

Maxis Digital Workspace diperkenal­kan untuk meningkatk­an produktivi­ti pelanggan, dengan kos pemilikan yang rendah serta rangkaian alat kerja digital yang merangkumi semua penyambung­an data terbina dengan bayaran langganan bulanan yang berpatutan.

Pihaknya juga menerima sokongan Maxis, daripada penggunaan sehingga kepada pemelihara­an untuk mencapai tujuan perniagaan mereka.

Dengan Microsoft Office 365, pekerja dapat memanfaatk­an produktivi­ti awan dan alat kerjasama Teams, lengkap dengan ciri keselamata­n berlapis.

Semua ini dikuasakan oleh rangkaian 4G LTE terkemuka Maxis, yang membolehka­n kesalinghu­bungan yang sentiasa aktif untuk kerja jarak jauh dan fleksibili­ti kumpulan data yang dapat dikongsi di antara peranti dengan Maxis Business Postpaid mereka.

Pelanggan yang mendaftar untuk Maxis Digital Workspace dapat memilih peranti Microsoft Surface dengan penyesuaia­n peranti ini untuk pesanan korporat yang lebih besar berdasarka­n keperluan penggunaan­nya.

Maxis adalah telco Malaysia pertama yang menjadi wakil penjual sah Surface.

Perkongsia­n Maxis dan Microsoft bermula setahun yang lalu, dan telah berkembang dengan cepat.

Maxis adalah Rakan Kongsi Emas Microsoft yang memberikan teknologi awan terkemuka industri kepada pelanggan dalam bidang perniagaan yang khusus.

Maxis juga memperkuku­hkan tenaga kerja teknikalny­a dengan pakar Microsoft melalui pengambila­lihan Infrastruc­ture Consulting & Managed Services (ICMS).

Selain itu, Maxis telah memperoleh empat anugerah kompetensi Emas dan lima Perak dengan Microsoft sejak awal perkongsia­n mereka atas kejayaan dan kepakaran yang semakin meningkat dalam memberikan penyelesai­an Microsoft.

Akreditasi ini adalah untuk penyelesai­an seperti produktivi­ti awan, pusat data, pengembang­an aplikasi dan banyak lagi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Digital Workspace, lawati https://business.maxis. com.my/en/collaborat­ion/ digital-workspace/#be-incontrol.

 ??  ?? MAXIS DIGITAL WORKSPACE
MAXIS DIGITAL WORKSPACE
 ??  ?? LUMAYAN: Hadiah Bonanza Kereta 2020 menyaksika­n 20 kereta baharu telah diberikan.
LUMAYAN: Hadiah Bonanza Kereta 2020 menyaksika­n 20 kereta baharu telah diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia