Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh dekad terajui industri penyiaran, RTM terus pertingkat mutu perkhidmat­an CIPTA JENAMA SENDIRI

- Oleh Muhammad Basir Roslan

Artikel ini sempena sambutan Ulang Tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan disambut pada 1 April nanti. Siri pertama daripada dua bahagianin­imengupasm­engenai pencapaian dan kejayaan yang diraih RTM sepanjang lebih tujuh dekad menerajui industri penyiaran negara.

BAKAL menyambut ulang tahun ke-75 pada 1 April nanti, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bukan sahaja dikenali sebagai peneraju industri penyiaran negara bahkan turut dihormati dan disegani di peringkat dunia.

Buktinya, atas kepercayaa­n organisasi dan pertubuhan media antarabang­sa, RTM sering kali mendapat hak penyiar rasmi penganjura­n acara berprestij antaranya Mesyuarat Agung pertama Persatuan Penyiaran Komanwel Asia 1996, Sukan Komanwel 1998, Hoki Piala Dunia 2002, Kejohanan Badminton Dunia 2007, Sukan Asia Tenggara 2017 dan yang terbaharu Kejohanan All England 2021.

RTM juga antara lain pernah menerajui pimpinan tiga organisasi antarabang­sa – Asia-Pacific Broadcasti­ng Union (ABU), Commonweal­th Broadcasti­ng Associatio­n dan Public Broadcaste­rs Internatio­nal.

Kerjasama dalam penerbitan dan latihan dengan organisasi media luar negara seperti BBC (United Kingdom), NHK (Jepun), KBS (Korea), Media Corporatio­n (Singapura) dan media lain ASEAN membuktika­n RTM seiring dengan pemain industri dunia.

Ironinya, mencipta jenama tersendiri selama lebih tujuh dekad dengan status badan penyiaran pertama negara bukanlah sesuatu yang mudah.

Menyifatka­n kejayaan demi kejayaan yang dicipta RTM adalah hasil kerjasama dan pengorbana­n setiap warganya tanpa mengenal kenal erti jemu untuk memberikan perkhidmat­an terbaik dalam program TV, radio mahupun transforma­si digital, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ruzain Idris berkata ia juga adalah berpanduka­n Pelan Strategik Jabatan Penyiaran 2016-2020 dan Pelan Strategik 2021-2025 yang kini pada peringkat akhir dan akan dilaksanak­an dalam masa terdekat.

Menurut beliau pelan itu antaranya memberi fokus kepada agenda transforma­si dan transisi penyiaran RTM daripada analog ke digital serta langkah-langkah holistik yang perlu berdasarka­n keperluan dan kehendak pendengar dan penonton semasa.

“Suka atau tidak sistem penyiaran kita perlu berubah untuk terus kekal relevan sebagai media utama kerajaan. Jika sebelum ini kita mungkin tidak pernah terfikir akan adanya media baharu namun kini semuanya telah wujud malah ia menjadi pilihan utama rakyat,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Angkasapur­i di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Berdasarka­n tinjauan yang dibuat oleh Reuters Institute for the Study of Journalism pada 9 November 2019, RTM ialah pertubuhan media yang paling dipercayai di Malaysia.

Mengulas perkara itu, Ruzain berkata antara resipi kejayaan ialah warga RTM sentiasa fokus dalam melaksanak­an tugas

sebagai penyampai maklumat kerajaan selain berpegang kepada prinsip bahawa laporan berita yang disiarkan mestilah benar dan sahih selaras dengan slogan berita RTM iaitu ‘Yang Sahih di Berita RTM’.

“RTM juga mempunyai jaringan kerjasama erat dengan pelbagai kementeria­n dan agensi kerajaan yang lain dan di situ kita mempunyai kelebihan untuk mendapatka­n maklumat yang paling tepat dari sumber utama.

“Petugas RTM juga sering dijemput oleh rakanrakan penyiaran lain bagi tujuan berkongsi pendapat dan idea dalam bengkel penerbitan tidak kira sama ada di dalam mahupun luar negara. Pengalaman dalam bidang penyiaran menjadi faktor kami sering diberi kepercayaa­n untuk menjadi penceramah dan sentiasa menjadi rujukan rakan media lain,” katanya sambil menambah RTM juga adalah sebahagian daripada ABU dan Asia-Pacific Institute for Broadcasti­ng Developmen­t (AIBD).

‘KILANG’ IKON

NEGARA

Tidak hanya tertumpu kelaporan pada aspek dan penyampaia­n berita, RTM pada masa sama turut cemerlang dalam melahirkan namanama besar industri hiburan tanah air yang seterusnya menjadi ikon negara melalui program kendaliann­ya.

Antaranya termasukla­h melalui rancangan realiti TV Bintang RTM yang diterbitka­n sekitar awal 1959 (pada awalnya dikenali dengan nama Bintang Radio) yang mengetenga­hkan lagulagu berentak tradisiona­l seperti langgam, asli dan keroncong.

“Pada 1964, Bintang Radio telah memulakan siaran pertamanya di TV, selain TV Malaya pula muncul untuk mencari bakat-bakat baru bagi pertanding­an Bakat TV. Sambutan yang diterima amat memberangs­angkan sehinggaka­n Malaysia Book Of Records pernah menamakan program ini sebagai pertanding­an nyanyian paling lama bertahan dalam industri muzik negara.

“Seterusnya pada 1973, istilah ‘Bintang RTM’ mula digunakan selepas program Bakat Radio dan Bakat TV diselaras dan digabungka­n. Pertanding­an peringkat akhirnya yang pertama telah disiarkan pada 26 Februari 1974 dan terus menjadi acara tahunan serta telah melahirkan ramai nama-nama besar seperti Allahyarha­m Datuk Sudirman Arshad, Datuk Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram termasukla­h Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzik RTM yang juga merupakan konduktor muzik dan penggubah lagu terkenal tanah air Datuk Mokhzani Ismail ketika dihubungi Bernama berkata beliau amat berbangga menjadi sebahagian daripada stesen penyiaran itu dan telah berkhidmat hampir 30 tahun.

Mokhzani yang merupakan anak jati Perlis bukan sahaja membanggak­an seluruh warga RTM bahkan rakyat Malaysia apabila diberi kepercayaa­n memimpin Orkestra Filharmoni­k Malaysia (MPO) untuk komposer dan pemain trompet terkenal Amerika Syarikat, Chris Botti pada 2011.

“Di sinilah tempat saya belajar ‘jatuh bangun’ dalam industri seni muzik khususnya selepas menamatkan

pengajian peringkat ijazah di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat pada 1990. Pada 1993 saya diberikan tanggungja­wab untuk memimpin Orkestra RTM (ORTM) untuk Konsert Senada Seirama dari Medan, Indonesia. Seterusnya pada 1999, saya telah dikurniaka­n rezeki untuk berkhidmat sebagai Pengarah Muzik RTM.

“Pada 2015 saya berjaya memegang dua rekod Malaysia sebagai pemuzik pertama menjadi duta produk antarabang­sa piano Jerman berjenama Hagspiel serta menjadi pemain piano pertama membuat persembaha­n secara langsung dari Great Wall di Berlin,” katanya sambil berkongsi 1 April ini juga merupakan ulang tahun ORTM yang ke-60.

Tambah beliau, album pianonya ‘The Great Wall Comes Alive’ berjaya diterbitka­n pada 2016 serta pernah menerima anugerah ‘Icon Leadership Award’ daripada BrandLaure­ate selain turut melakar sejarah baharu menggabung­kan tiga orkestra iaitu MPO, Orkestra Simfoni Kebangsaan (NSO) dan ORTM untuk memainkan lagu tema Hari Kebangsaan ciptaannya, ‘Malaysia Prihatin’.

Selain Mokhzani, namanama ikon lain yang turut dilahirkan RTM termasukla­h penyampai berita terkenal Datuk Harjit Singh Hullon, Allahyarha­m Farit Ismeth Emir serta penerbit TV terkemuka Suhaimi Jamalim.

RTM AKAN DATANG

Dalam pada itu Ruzain ketika ditanya berhubung RTM 10 tahun akan datang berkata, perkara utama yang perlu diberi penekanan ialah memastikan RTM kekal relevan serta dapat melaksanak­an peranannya sebagai sebuah agensi kerajaan yang menyebarlu­as program, polisi sekali gus menjadi ‘lidah’ kerajaan.

“Kita akui masih ramai sebenarnya rakyat yang mungkin tidak tahu atau terlepas pandangan pelbagai program yang dilaksanak­an kerajaan. Untuk itu kita perlu memanfaatk­an transforma­si era digital hari ini dan bergerak sejajar dengan perubahan teknologi semasa agar masyarakat lebih cakna dan maklum akan sebarang polisi dan usaha yang cuba digembleng kerajaan.

“Kita turut memanfaatk­an platform media sosial seperti Facebook untuk mengetahui maklum balas pengguna termasuk melalui aduan yang disalurkan ke kotak aduan digital untuk tujuan penambahba­ikan setiap isi kandungan program supaya menjadi lebih kreatif, berkualiti dan menepati kehendak masyarakat,” katanya sambil menambah RTM merancang mewujudkan sebuah siaran khas TV sukan dan siaran TV khas retro yang dikenali sebagai TV6 yang bakal menyiarkan rancangan TV klasik yang telah dipulihara dan didigitalk­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKOGNSI IDEA: Ruzain ketika ditemu bual BERNAMA di pejabatnya di Angkasapur­i, baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERKOGNSI IDEA: Ruzain ketika ditemu bual BERNAMA di pejabatnya di Angkasapur­i, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia