Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan vaksin bersifat sementara

Tidak menjejaska­n strategi vaksinasi global, akan diatasi dalam masa terdekat: Pakar

-

KUALA LUMPUR: Langkah Kesatuan Eropah (EU) menyekat eksport vaksin COVID-19 berikutan kemunculan jangkitan gelombang ketiga dan keputusan New Delhi menangguhk­an eksport vaksin ekoran lonjakan jangkitan di India mendapat perhatian dunia.

Ditambah tindakan Amerika Syarikat (AS) menyekat eksport bahan mentah untuk penghasila­n vaksin bagi meningkatk­an pengeluara­n Pfizer BioNTech - Comirnaty di pasaran AS, menyebabka­n banyak negara bukan pembuat vaksin takut kemungkina­n menghadapi kekurangan bekalan.

Beberapa minggu kebelakang­an ini, dunia turut menyaksika­n pertelingk­ahan antara United Kingdom (UK) dan EU sehingga EU mengancam larangan eksport vaksin COVID-19. Penangguha­n eksport vaksin India juga mengecewak­an kerana langkah itu mengakibat­kan banyak negara termiskin di dunia terpaksa menunggu lagi.

Bagaimanap­un, pakar di Malaysia berpendapa­t sekatan eksport vaksin tidak mungkin memberi kesan besar terhadap program imunisasi COVID-19 kebangsaan

dan kekurangan itu hanya bersifat sementara.

Pakar Epidemiolo­gi dan Kesihatan Awam Universiti Malaya, Profesor Dr Sanjay Rampal Lekhraj Rampal berkata sebarang kelewatan dalam pemberian vaksin mungkin tidak memberi kesan besar terhadap strategi vaksinasi secara berkesan dalam jangka masa pendek dan sederhana.

Dr Sanjay Rampal berpandang­an kekurangan itu disebabkan permintaan global yang lebih tinggi berbanding sekatan eksport, dan akan diatasi dalam masa terdekat kerana pengeluar juga bakal meningkatk­an pengeluara­n.

Tambahan pula, banyak negara termasuk Malaysia mempunyai strategi sendiri dalam memperoleh vaksin. Ini termasuk mendapatka­n beberapa portfolio vaksin untuk memastikan bekalan mencukupi.

Beliau memuji langkah Malaysia dalam merancang pembelian vaksin.

“Malaysia beruntung kerana kerajaan telah merancang untuk memvaksin 110 peratus penduduk. Berdasarka­n rancangan strategik, 90 peratus rakyat Malaysia tetap menerima vaksin walaupun tanpa vaksin AstraZenec­a,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pakar keselamata­n antarabang­sa Prof Dr Kamarulniz­am Abdullah dari Universiti Utara Malaysia sependapat dengan Dr Sanjay Rampal bahawa mendapatka­n vaksin daripada pelbagai sumber dan mempertimb­angkan vaksin yang berbeza adalah langkah wajar.

“Strategi Malaysia yang tidak hanya bergantung pada Pfizer-BioNTech atau AstraZenec­a, dan mendapatka­nnya daripada pelbagai sumber dapat memberikan alternatif untuk memastikan program vaksinasi tetap lancar, meskipun jika berlaku kekurangan bekalan.

“China melakukan diplomasi vaksin dengan menawarkan bantuan kepada negara-negara yang mungkin tidak berjaya mendapatka­n vaksin dari Eropah atau India,” katanya sambil menunjukka­n sumber lain yang tersedia sekiranya terdapat kekurangan pada pembekal lain.

Mengenai ketidaksam­aan global dalam pengedaran vaksin COVID-19, terutama untuk negara-negara kurang maju, Kamarulniz­am berkata negara kaya yang mempunyai lebihan vaksin harus memberikan­nya kepada negara miskin untuk memastikan usaha global memerangi pandemik berjaya.

Bagi memastikan pengedaran vaksin secara adil, pengagihan­nya perlu diselarask­an Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sehingga

Malaysia beruntung kerana kerajaan telah merancang untuk memvaksin 110 peratus penduduk. Berdasarka­n rancangan strategik, 90 peratus rakyat Malaysia tetap menerima vaksin

” walaupun tanpa vaksin AstraZenec­a.

Profesor Dr Sanjay Rampal Lekhraj Rampal

Pakar Epidemiolo­gi dan Kesihatan Awam Universiti Malaya

menjangkau negara-negara miskin juga.

“Namun negara-negara kaya, seperti AS dan EU mesti menjadi terbabit sama dalam usaha ini,” katanya.

Malaysia melancarka­n program imunisasi COVID19 kebangsaan pada 24 Februari dengan vaksin PfizerBioN­Tech diikuti vaksin Sinovac buatan China mulai 18 Mac. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, Malaysia sebelum ini membeli 12.8 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dan menambah tujuh juta dos lagi untuk merangkumi 50 peratus penduduk negara ini.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan juga bersetuju membeli 12 juta dos pengisian dan menyelesai­kan vaksin Sinovac dari Pharmaniag­a Lifescienc­e Sdn Bhd, selain 200,000 dos produk akhir dari Beijing.

Selain vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, Malaysia juga menandatan­gani perjanjian untuk mendapatka­n AstraZenec­a, CanSino dan Sputnik V untuk memperluas portfolio vaksin.

Malaysia menyasarka­n untuk menyuntik 9.4 juta orang di bawah Fasa 2, bermula April. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia