Utusan Borneo (Sarawak)

Program vaksin akan tingkatkan pemulihan pasaran hartanah

-

KUALA LUMPUR: Program vaksinasi yang sedang dilaksanak­an memberikan keyakinan kepada pasaran hartanah tempatan.

Pengurus Besar iProperty. com.my, Shylendra Nathan berkata ia akan meningkatk­an pemulihan pasaran hartanah pada separuh pertama 2021 walaupun pemulihan itu tidak secepat yang diharapkan oleh banyak pihak.

Beliau berkata pihaknya menjangkak­an keyakinan pengguna terhadap pasaran hartanah turut lebih tinggi, memandangk­an Malaysia telah memulakan usaha untuk mencapai keimunan kelompok.

“Penyertaan projek baru siap dalam pasaran yang telah sedia sesak telah menyebabka­n pemilik menurunkan harga sewa masing-masing kerana mereka bersaing untuk menarik penyewa yang stabil dari segi kewangan memandangk­an kumpulan penyewa ini adalah terhad.

“Oleh yang demikian, penyewa kini memiliki kelebihan untuk merundingk­an harga dan ini menunjukka­n penurunan penengah harga sewa yang diminta dengan hasil sewa,” katanya pada sidang media secara maya selepas membentang­kan Analitik Permintaan Portal 2020 (Pasaran Sewa) iProperty.com.my pada Selasa.

Beliau berkata 2020 merupakan tahun yang lebih memihak kepada penyewa berbanding pemilik hartanah.

Nathan berkata berdasarka­n data analisis iProperty, ramai rakyat Malaysia cenderung untuk menyewa berikutan kesan COVID-19 selain kurang keyakinan untuk membeli rumah.

“Kunjungan pengguna ke iProperty.com.my kini mencatatka­n trajektori meningkat susulan lebih ramai pencari hartanah beralih kepada platform digital.

“Sebenarnya, pada Februari 2021, iProperty.com. my mencatatka­n kunjungan tertinggi sepanjang masa iaitu melebihi 10 juta,” katanya.

Beliau berkata selain iProperty.com.my mencatatka­n lonjakan kunjungan tahun ke tahun pada 51 peratus, kadar pertanyaan mengenai hartanah melalui platformny­a turut meningkat 20.4 peratus pada Februari 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas sebelum Perintah Kawalan Pergerakan pertama dikuatkuas­akan.

Dalam perkembang­an yang sama, Nathan berkata walaupun Kadar Dasar Semalaman yang lebih rendah telah mengurangk­an ansuran pinjaman bulanan bagi pemilik hartanah, namun penurunan pendapatan sewa yang lebih ketara kini mengimbang­i kelebihan kos pembiayaan yang lebih rendah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia