Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM komited perkasa golongan wanita

-

KOTA BHARU: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa menjalinka­n kerjasama erat dengan kerajaan negeri bagi memperkasa serta membantu golongan wanita terutamany­a mereka yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata antara kerjasama yang dijalankan ialah melalui Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga yang dianggotai Exco berkaitan di setiap negeri sebagai platform untuk membincang­kan serta menyalurka­n isu melibatkan wanita serta keluarga.

Selain itu, beliau berkata KPWKM dengan Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) turut menjalinka­n 13 bidang kerjasama strategik yang meliputi aspek latihan serta bimbingan, pembiayaan, akses pasaran dan perkongsia­n data.

“Ini merupakan antara kerjasama strategik antara KPWKM dengan kementeria­n mahupun agensi lain bagi menyediaka­n sumber dan peluang pekerjaan sekali gus menjana pendapatan kepada golongan wanita.

“Ia juga bertujuan memperkasa penglibata­n wanita termasuk kumpulan sasaran lain seperti golongan warga emas, B40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) dengan hasrat untuk meningkatk­an sosioekono­mi mereka yang terkesan oleh pandemik COVID-19,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas menyempurn­akan majlis penutup Karnival Kerjaya Wanita 2021 Peringkat Kelantan bersempena sambutan Hari Sayyidatin­a Khadijah di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Keluarga dan

Wanita Datuk Mumtaz Md Nawi.

Mengulas mengenai karnival itu, Siti Zailah berkata program selama dua hari bermula semalam tersebut menawarkan 700 peluang pekerjaan kepada golongan wanita di Kelantan.

“Dalam karnival ini, pihak kementeria­n mewujudkan kerjasama strategik bersama 15 syarikat swasta bagi memperkasa­kan penglibata­n wanita serta golongan sasaran untuk meningkatk­an sosioekono­mi mereka yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

“Kami amat memahami situasi mereka dan berharap dengan pelbagai bidang peluang pekerjaan yang ditawarkan ini dapat membantu melalui padanan pekerjaan yang sesuai dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembang­an ekonomi negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia