Utusan Borneo (Sarawak)

China rombak sistem pilihan raya Hong Kong

Untuk memastikan majoriti penggubal undang-undang yang dipilih pro-Beijing

-

HONG KONG: Para pemimpin China meluluskan rombakan ke atas sistem pilihan raya Hong Kong secara radikal semalam, mengurangk­an kerusi yang dilantik terus tanpa undi dan memastikan kebanyakan penggubal undang-undang negara kota itu akan dipilih oleh komiti pro-Beijing.

Pendekatan baharu itu, yang melangkaui badan perundanga­n Hong Kong dan diambil alih terus oleh Beijing, merupakan langkah terkini yang menyasarka­n kejatuhan sistem demokrasi bandar raya itu selepas protes besar-besaran.

“Presiden Xi Jinping menandatan­gani kerahan kerajaan untuk menyebarlu­askan perubahan dalam pengilhaka­n kawasan itu,” kata agensi berita China Xinhua dalam laporan ringkas.

Warga Hong Kong seramai 7.5 juta orang masih tidak pasti kandungan undang-undang baharu itu dengan tiada butiran diterbitka­n lagi.

Namun Tam Yiu-chung, satu-satunya wakil Parlimen China dari Hong Kong, menghuraik­an apa yang akan dirangkumi dalam langkahlan­gkah baharu itu.

“Perubahani­tuakandipe­rsetujui sebulat suara oleh 167 ahli Jawatankua­sa Tetap

daripada Kongres Rakyat

Kebangsaan,” katanya kepada AFP.

Di bawah peraturan baharu, badan perundanga­n Hong Kong akan dikembangk­an daripada 70 kepada 90 kerusi.

Hanya 20 kerusi akan dilantik terus tanpa undi, daripada 35 sebelumnya, kata Tam. Kebanyakan 40 kerusi akan dipilih oleh komiti proBeijing.

Selebihnya 30 kerusi akan dipilih oleh badan “pengundi berfungsi” yang mewakili beberapa industri dan kumpulan minat khas yang sebelum ini setia kepada Beijing.

Sesiapa yang ingin menjadi calon juga akan diperiksa pandangan politik mereka.

Tam mendedahka­n komiti pemeriksa akan ditubuhkan oleh pihak berkuasa di Hong Kong dan badan keselamata­n negara yang baharu akan mempunyai pengaruh dalam menentukan siapa yang terpilih.

“Komiti Keselamata­n Negara dan Polis Keselamata­n Negara akan mengeluark­an laporan bagi setiap calon untuk membantu penapisan oleh komiti pemeriksa kelayakan,” katanya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEPUTUSAN MUKTAMAD: Gambar fail pada 11 Mac menunjukka­n Xi (tengah) bertepuk tangan bersama para pemimpin lain selepas keputusan undian untuk merombak sistem pilihan raya Hong Kong yang diumumkan semasa persidanga­n Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing.
— Gambar AFP KEPUTUSAN MUKTAMAD: Gambar fail pada 11 Mac menunjukka­n Xi (tengah) bertepuk tangan bersama para pemimpin lain selepas keputusan undian untuk merombak sistem pilihan raya Hong Kong yang diumumkan semasa persidanga­n Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia