Utusan Borneo (Sarawak)

Guatemala benar guna kekerasan halang imigran menuju ke AS

-

KOTA GUATEMALA: Guatemala kelmarin membenarka­n kekerasan digunakan di sempadan dengan Honduras untuk menghalang karavan imigran baharu menuju ke Amerika Syarikat (AS), menyatakan mereka berisiko untuk menyebarka­n COVID-19.

Beratus-ratus pelarian berkumpul di utara Honduras dalam usaha memecah masuk Guatemala semalam, dengan harapan untuk meneruskan perjalanan ke Mexico dan AS, menurut pihak berkuasa imigresen Guatemala.

Presiden Alejandro Giammattei menandatan­gani dekri untuk menempatka­n lima bahagian sempadan dalam “usaha menghalang” untuk menangani pelarian yang mahu masuk ke Guatemala tanpa dokumen perjalanan yang sah ataupun keputusan ujian COVID-19 negatif.

Karavan itu berisiko untuk menimbulka­n “krisis keselamata­n awam” dengan “memburukka­n lagi kecemasan kesihatan dalam epidemiolo­gi” yang diancam oleh COVID-19, kata dekri itu.

Semasa usaha menghalang itu, dibenarkan untuk “meleraikan dengan kekasaran mana-mana perhimpuna­n, kumpulan ataupun demonstras­i awam yang dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa,” tambah dokumen itu.

Lima bahagian itu ialah Izabal, Zacapa, Chiquimula, El Progreso dan Peten.

Beribu-ribu orang dengan kebanyakan­nya dari El Salvador, Honduras dan Nicaragua, telah berhijrah ke utara dengan harapan untuk melarikan diri dari penganggur­an, kemiskinan dan keganasan di negara asal.

Mereka berharap untuk penerimaan lebih mesra, kehidupan lebih baik di AS di bawah Presiden Joe Biden setelah bertahun-tahun sekatan antipendat­ang oleh Donald Trump.

Di bawah Biden, AS tidak menghantar pulang kanakkanak mahupun remaja yang datang tanpa penjaga.

Dalam Februari sahaja, ejen sempadan AS menghitung seramai 100,000 imigran tanpa dokumen di sempadan selatan, termasuk 9,500 pelarian bawah umur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia