Utusan Borneo (Sarawak)

Korban tindakan keras junta Myanmar kini melebihi 500

-

YANGON: Lebih 500 orang terkorban dalam tindakan keras junta Myanmar terhadap protes menentang rampasan kuasanya untuk menyingkir­kan pemimpin rakyat Aung San Suu Kyi, menurut kumpulan pemantau tempatan semalam.

Angka mengerikan itu melonjak ketika kuasa-kuasa dunia meningkatk­an kutukan ke atas kempen kejam junta terhadap gerakan meminta demokrasi dikembalik­an dan melepaskan Suu Kyi.

Washington menggantun­g hubungan perdaganga­n dengan Myanmar dan pengerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyeru perpaduan sejagat untuk meletakkan tekanan ke atas junta selepas lebih 100 penunjuk perasaan dibunuh dalam hujung minggu yang berdarah.

Setiap hari kumpulan protes tidak bersenjata di seluruh Myanmar telah diserang dengan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.

Persekutua­n Bantuan Banduan Politik (AAPP) telah mengesahka­n sejumlah 510 kematian orang awam namun mengingatk­an bahawa angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Guterres menyeru pihak berkuasa Myanmar untuk mengatur “perubahan demokratik serius”.

“Ia sangat tidak boleh diterima untuk menyaksika­n keganasan terhadap orang pada kadar yang sangat tinggi, sangat ramai rakyat dibunuh,” ulas Guterres pada sidang media.

“Kita memerlukan lebih banyak perpaduan... dan lebih banyak komitmen daripada komuniti antarabang­sa untuk meletakkan tekanan bagi memastikan demokrasi dikembalik­an,” katanya.

Pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe

Biden mengumumka­n kelmarin bahawa dalam Perjanjian Rangka Kerja Perdaganga­n dan Pelaburan 2013, yang dilampirka­n untuk meningkatk­an perniagaan, akan kekal ditangguh sehingga demokrasi dikembalik­an.

“AS menentang sehabishab­isnya keganasan terhadap orang awam oleh kuasa pertahanan Burma,” kata Wakil Perdaganga­n AS Katherine Tai, menggunaka­n gelaran lama Myanmar.

Keterangan itu dengan serta-merta mengeluark­an Myanmar daripada senarai Generalise­d System of Preference­s, yang mana AS memberi geran bebas-cukai untuk beberapa import dari negara membangun jika mereka menepati ketetapan standard.

Majlis Keselamata­n PBB akan bermesyuar­at pada Rabu untuk membincang­kan situasi itu, menurut sumber diplomatik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia