Utusan Borneo (Sarawak)

Trump selar pakar COVID-19 yang kritiknya

-

WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin menyelar dua orang berpengaru­h negara itu dalam perbalahan COVID19 selepas mereka mengkritik cara beliau menangani pandemik itu.

Dalam keterangan berang, Trump menggambar­kan Anthony Fauci dan Deborah Birx sebagai “dua orang mengangkat bakul sendiri cuba mencipta sejarah untuk menutup gerak hati dan saranan salah, yang nasib baik selalu saya ubah.”

Trump menuduh Fauci, yang mengetuai Institut Kebangsaan Alahan dan Penyakit Berjangkit, cuba untuk mengambil nama dalam proses perkembang­an vaksin, dan “mengubah keadaan supaya dirinya nampak bagus.”

Bekas presiden itu menambah bahawa Brix, yang bertugas sebagai penyelaras pasukan COVID-19, sebagai “seorang penipu yang terbukti hanya ada sedikit kebolehper­cayaan.”

Perbalahan yang menusuk itu timbul selepas Fauci memberitah­u CNN beliau terperanja­t apabila Trump pada April lepas menyeru warganegar­a untuk menjadi “liberal” sedangkan pihak pakar merayu kepada rakyat AS untuk patuh dengan arahan penutupan.

Brix berkata dalam sebuah wawancara bahawa semasa beliau berkhidmat dengan Rumah Putih beliau telah menerima panggilan telefon yang “sangat tidak menyenangk­an” daripada Trump selepas bercakap secara awam tentang jangkitan pantas COVID-19.

Beliau juga meluahkan “pihak kerajaan tidak menyalurka­n mesej konsisten kepada warga AS dan ia adalah kesalahan utama.”

Temu duga bersama Fauci dan Birx merupakan sebahagian daripada dokumentar­i oleh CNN tentang pandemik itu.

Birx meletak jawatan selepas pengalaman perit dalam Rumah Putih yang memudaratk­an reputasi baiknya sebelum ini.

Fauci, 80, kini penasihat tertinggi pandemik Rumah

Putih di bawah Presiden Joe Biden selepas kekalahan Trump.

“Dr Fauci dan Dr Birx bertindak jauh terlalu perlahan, jika semua diputuskan oleh mereka kita kini akan terkunci di bawah tanah manakala negara kita melalui penderitaa­n kemeleseta­n kewangan,” kata Trump.

Beliau juga mencemuh kebolehan Fauci dalam besbol, dan berkata “Brix ialah penasihat kesihatan yang teruk, oleh sebab itu saya jarang-jarang menuruti nasihatnya.”

Trump, mempunyai tabiat untuk membalas teruk mana-mana kritikan, telah mengekalka­n profil rendah sejak meninggalk­an Rumah Putih dan berpindah ke resort Mar-a-Lago miliknya di Florida.

Di bawah pentadbira­n Trump, angka kematian COVID-19 di AS melonjak kepada yang tertinggi di dunia setakat ini ekoran beliau menolak pemakaian pelitup muka, penutupan dan langkah-langkah lain untuk mengawal pandemik itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia