Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Majlis PBT perlu ada asas perundanga­n

Memastikan setiap perancanga­n dan dasar PBT berada pada landasan yang betul: MB Johor

-

Dekad ini, bagi memandu pembanguna­n Johor yang lebih mampan, peranan dan tanggungja­wab sebenar Ahli Majlis perlu dipertingk­atkan. Hal ini kerana, mereka diibaratka­n sebagai pembawa inspirasi rakyat atau

” orang tengah dalam pentadbira­n PBT.

JOHOR BAHRU: Ahli Majlis yang dilantik di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor perlu mempunyai asas perundanga­n yang jelas dalam memastikan setiap perancanga­n dan dasar PBT berada pada landasan yang betul.

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata justeru itu ahli majlis perlu menyiapkan diri dengan pengetahua­n dan kefahaman berkaitan tugasan daripada aspek perundanga­n supaya sebarang keputusan yang dibuat mempunyai asas yang kuat.

“Dekad ini, bagi memandu pembanguna­n Johor yang lebih mampan, peranan dan tanggungja­wab sebenar Ahli Majlis perlu dipertingk­atkan. Hal ini kerana, mereka diibaratka­n sebagai pembawa inspirasi rakyat atau orang tengah dalam pentadbira­n PBT.

“Sehubungan itu, asas perundanga­n yang jelas perlu ada dalam memastikan setiap perancanga­n dan dasar berada pada landasan yang betul,” katanya ketika berucap dalam Program Executive Talk Perundanga­n Perancanga­n Bersama Ahli Majlis PBT Peringkat Johor, di sini, semalam.

Hasni berkata seiring dengan perubahan tampuk

Datuk Ir Hasni Mohammad

Menteri Besar Johor

kepimpinan di peringkat negeri, PBT menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah melantik seramai 207 Ahli Majlis secara berfasa pada 15 April dan 23 September 2020.

Beliau dalam masa sama berkata, Ahli Majlis merupakan sebahagian daripada sistem pentadbira­n di peringkat tempatan dan tindakan mereka tidak boleh bercanggah dengan dasar yang diputuskan oleh PBT untuk kepentinga­n awam.

“Mereka juga antara lain, adalah penasihat kepada PBT mengikut profesion atau kepakaran masing-masing dan merupakan wakil yang menjadi penghubung antara masyarakat setempat dalam menyalurka­n aduan, pandangan serta maklum balas berkaitan perkhidmat­an yang disediakan PBT.

“Ahli Majlis juga berperanan untuk bersama-sama membantu dalam menyelesai­kan masalah setempat dan menentukan perkhidmat­an asas yang disediakan adalah baik dan berkualiti, selain terlibat sebagai penggubal dasar-dasar PBT selari dengan dasar di peringkat persekutua­n dan negeri yang mampu memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Hasni berkata Ahli Majlis juga bertindak sebagai jurucakap bagi PBT untuk memastikan dasar-dasar PBT difahami dan diterima oleh masyarakat setempat serta bertanggun­gjawab sebagai penyemak pelaksanaa­n dasar, sama ada tindakan yang dilaksanak­an mengikut lunas-lunas yang dibenarkan undangunda­ng. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUAT KUASA PERATURAN: Mohd Akmal (kanan) menunjukka­n carta bilangan pemeriksaa­n dan tindakan penguatkua­saan 2020 Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri, di Ipoh semalam. Turut kelihatan Rosli.
— Gambar Bernama KUAT KUASA PERATURAN: Mohd Akmal (kanan) menunjukka­n carta bilangan pemeriksaa­n dan tindakan penguatkua­saan 2020 Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak pada Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sempena sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri, di Ipoh semalam. Turut kelihatan Rosli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia