Utusan Borneo (Sarawak)

Khidmat Warong Rider atasi kesesakan di bazar Ramadan

-

MELAKA: Perkhidmat­an penghantar­an barang Warong Rider yang dijadualka­n bermula di Melaka awal bulan puasa ini, akan memberikan banyak keselesaan kepada orang ramai yang ingin mendapatka­n juadah dari bazar Ramadan nanti.

Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata platform yang melibatkan urusniaga secara e-dagang dengan pembayaran secara dalam talian itu juga sedikit sebanyak dapat memastikan penjarakan fizikal, di samping menggalakk­an orang ramai kekal selamat di kediaman masing-masing semasa berurus niaga, sekali gus membantu usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Beliau berkata bagi tahun 2021, program yang diselarask­an menerusi Melaka ICT Holdings (MICTH) dengan kerjasama Idea Kreatif Technology Sdn Bhd itu mensasarka­n seramai 500 Warong Rider, dan 2,000 Warong Rider bagi seluruh negara.

“Jadi saya menyeru semua belia di negeri ini mendaftar dalam program ini di laman sesawang rasmi MICTH. Peluang ini wajar direbut memandangk­an terdapat pelbagai insentif akan diperolehi penghantar (rider),” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Warong Rider di bawah program Warongku di sini, semalam.

Menurutnya antara insentif disediakan meliputi perlindung­an penjana GIG, penyelengg­araan motosikal, insentif rider cemerlang, bonus bulanan dan tahunan, termasuk cabutan umrah.

Sulaiman berkata ejen-ejen juga boleh mendaftar secara percuma tanpa yuran bulanan atau tahunan, serta bayaran penuh kepada peniaga dengan komisen sehingga 20 peratus.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata konsep Warong Rider ini bukan sekadar menghantar pesanan makanan halal, malah telah diperluask­an kepada satu sistem penghantar­an berpusat.

“Ini termasukla­h penghantar­an ubat-ubatan dari farmasi, penghantar­an dokumen dari pejabat atau barangan dari rumah ke rumah serta penghantar­an dari kedai runcit atau pasar raya terus ke lokasi pelanggan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia