Utusan Borneo (Sarawak)

DesaMall@KPLB catat jualan RM1.94 juta sejak diperkenal pada hujung 2017

-

SHAH ALAM: Nilai jualan berjumlah RM1.94 juta dicatatkan sepanjang pelaksanaa­n program DesaMall@ KPLB sehingga 28 Feb, 2021 sejak ia diperkenal pada Oktober 2017 menerusi pasaran di beberapa platform e-dagang.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata setakat ini sebanyak 2,000 usahawan luar bandar telah dilatih di bawah program tersebut untuk memasarkan produk mereka menerusi platform e-dagang seperti PrestoMall, Lazada, Shopee dan eBay.

“Pencapaian DesaMall@ KPLB dalam mematuhi tempoh tiga hari yang ditetapkan oleh platform e-dagang untuk pesanan diterima pembeli adalah 100 peratus di semua plaform yang disertai selain sentiasa mendapat ulasan yang baik daripada pembeli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gudang DesaMall@KPLB di sini, pada Selasa.

Beliau berkata melalui program tersebut, usahawan luar bandar hanya perlu memberi perhatian kepada penghasila­n produk bagi memenuhi pasaran serta penambahba­ikan produk manakala urusan lain seperti menguruska­n pesanan, penghantar­an produk dan pembayaran diuruskan pentadbir program tersebut iaitu eLokal Sdn Bhd.

“Prestasi jualan usahawan dipantau menggunaka­n sistem aplikasi yang dibangunka­n khusus untuk menjejaki jualan setiap produk serta menjana laporan berkaitan nilai jualan terkumpul, produk terlaris dan produk yang kurang mendapat sambutan,” katanya.

Dr Abdul Latiff berkata pemantauan berterusan ini membolehka­n isu-isu yang dihadapi oleh usahawan dikenal pasti bagi tindakan penambahba­ikan.

Dalam pada itu, beliau berkata Gudang DesaMall@ KPLB akan dijadikan sebagai hab pengumpula­n, penyimpana­n dan pengedaran stok produk-produk usahawan luar bandar di bawah program tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia