Utusan Borneo (Sarawak)

JAS Perak siasat dalang buang bahan sisa klinikal, lakukan pembakaran terbuka di Ipoh

-

IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak sedang menyiasat dan mengesan secara terperinci pihak yang membuang sisa klinikal dan melakukan pembakaran terbuka di Kawasan Perindustr­ian Pengkalan 1 di sini, Ahad lepas.

Pengarahny­a Rosli Zul berkata siasatan awal mendapat sisa klinikal itu dibuang pihak tidak bertangung­gjawab di tempat yang tidak dibenarkan oleh JAS negeri.

“Setakat ini, kita mengetahui syarikat bahan buangan klinikal yang beroperasi di Perak melibatkan syarikat konsesi yang dilantik Kementeria­n Kesihatan Malaysia. Bagaimanpu­n, perkara ini masih dalam siasatan JAS,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sempena Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri Perak Tahun 2021 yang dirasmikan Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin di sini, semalam.

Ahad lepas, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata kebakaran yang berlaku pada kira-kira 10 malam itu membabitka­n sisa klinikal yang dibuang tanpa pengawasan dan bantuan daripada JAS diperlukan bagi memantau dan mengesan pihak tidak bertanggun­gjawab yang melakukan pembakaran berkenaan.

Dalam perkembang­an lain, Rosli berkata kerja-kerja pembersiha­n dan pembaikan akibat aktiviti kuari yang telah mencemarka­n Hutan Simpan Segari Melintang, dekat Manjung sudah dilaksanak­an dan sehingga kini ia sudah 70 peratus siap.

“Usaha itu dilaksanak­an untuk memastikan ia boleh kembali kepada keadaan asal. Ia tidak seperti kita memusnahka­n begitu cepat tetapi apabila baik pulih ia mengambil masa. Usaha itu dipantau pihak JAS setiap dua minggu sekali,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, JAS negeri mengesahka­n pihak yang menjalanka­n aktiviti kuari sehingga merosakkan kawasan Air Terjun Tanjung Batu Segari telah melanggar syarat Penilaian Alam Sekitar (EIA) yang telah ditetapkan.

Pihak terbabit boleh dikenakan penalti mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melaksanak­an aktiviti kuari tanpa mematuhi komitmen dibuat pihak pemaju seperti dalam syarat kelulusan EIA pada 2017.

Menurut Rosli, syarikat sama juga dikesan menceroboh rizab sungai di situ ketika melakukan aktiviti kuari, selain membuang sisa kayu ke dalam sungai sehingga menjejaska­n alam sekitar.

Seminar dua hari itu menarik kira-kira 500 peserta, diadakan bertujuan menyampaik­an maklumat dan memberi pemahaman terhadap Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 secara menyeluruh dan berterusan. — Bernama

SHAH ALAM: Kadar takungan air di empangan seluruh Selangor sehingga 22 Mac melebihi 90 peratus kecuali di empangan Sungai Tinggi dan empangan Sungai Langat iaitu masing-masing pada kapasiti 88.72 peratus dan 87.96 peratus, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata menurut Jabatan Meteorolog­i Malaysia, negara kini telah memasuki fasa kedua Monsun Timur Laut yang kurang taburan hujan, cuaca kering serta panas sehingga hujung bulan ini dan menyebabka­n paras air empangan dijangka mengalami penurunan.

“Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanak­an pemantauan rapi dan bersedia dengan langkah mitigasi bagi memastikan kuantiti sumber air mencukupi dan bekalan air terawat berjalan dengan lancar,” katanya ketika merasmikan Forum Air Selangor yang bertemakan ‘Nilai Air’ sempena Hari Air Sedunia 2021 Peringkat Negeri Selangor secara maya semalam.

Beliau berkata forum itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentinga­n sumber air dalam proses pembanguna­n yang memberi impak kepada kualiti, kuantiti dan alam sekitar.

“Permintaan ke atas air semakin meningkat selaras dengan perkembang­an pesat kemajuan dan populasi yang semakin bertambah menjadikan kekurangan air sebagai salah satu cabaran utama di kebanyakan negara termasuk di Malaysia dan juga di Selangor,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Dr Abd Latiff melihat produk selepas merasmikan Gudang Desamall@KPLB dan DesaMall @ OnTheGo di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam. Turut hadir Che Murad (kiri).
— Gambar Bernama RASMI: Dr Abd Latiff melihat produk selepas merasmikan Gudang Desamall@KPLB dan DesaMall @ OnTheGo di Bukit Jelutong, Shah Alam semalam. Turut hadir Che Murad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia