Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran TransKoM langkah tepat

Pelan akan menjadi paksi transforma­si gerakan koperasi, kata Perdana Menteri

-

KUALA LUMPUR: Transforma­si secara menyeluruh perlu dilakukan terhadap gerakan koperasi di negara ini bagi memperkasa dan memantapka­n peranannya supaya terus mampan dalam menghadapi cabaran abad ke-21, sekali gus seiring dengan zaman digitalisa­si.

Justeru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi membangunk­an Pelan Transforma­si Koperasi Malaysia (TransKoM) 20212025 adalah tepat bagi menja

di paksi transforma­si kepada gerakan koperasi itu.

“Saya yakin pelan ini akan menjadi pemacu kepada pembanguna­n koperasi yang lebih progresif dan berdaya asing.

“Ia seterusnya akan menjamin kelangsung­an sektor koperasi negara sebagai penyumbang terbesar kepada peningkata­n sosioekono­mi dan kesejahter­aan masyarakat di negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan TransKoM 2021-2025 di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pelan itu menggarisk­an lima bidang tujahan iaitu penerapan nilai kemakmuran bersama, pemantapan sistem perundanga­n dan struktur

“Saya yakin pelan ini akan menjadi pemacu kepada pembanguna­n koperasi yang lebih progresif dan berdaya asing.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri

governan, pengukuhan bakat dan pembanguna­n modal insan, pembentuka­n persekitar­an perniagaan mampan dan lestari serta pemerkasaa­n badan induk dan sistem penyampaia­n koperasi.

Muhyiddin berkata pelan itu turut meletakkan 20 langkah strategik dan 36 program serta aktiviti yang akan menjadi pemacu kepada pembanguna­n koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terlibat dalam pembanguna­n sektor koperasi terutamany­a Suruhanjay­a Koperasi Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, Angkasa serta gerakan koperasi agar memberi kerjasama dan komitmen padu kepada kementeria­n dalam melaksana transforma­si melalui pelan itu.

“Saya mahu kesemua 14,668 koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia aktif dalam perniagaan koperasi untuk sama-sama meningkatk­an prestasi ekonomi negara. Koperasi yang tidak aktif dan dorman harus bangkit dan bersama-sama menjadi ejen transforma­si koperasi negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Muhyiddin bersama Wan Junaidi (kanan) bergambar dengan buku Pelan Transforma­si Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) yang dilancarka­n di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Muhyiddin bersama Wan Junaidi (kanan) bergambar dengan buku Pelan Transforma­si Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM) yang dilancarka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia