Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu, Melaka berkolabor­atif lancar pakej pelanconga­n dua hala

-

KUALA TERENGGANU: Demi memulihkan semula industri pelanconga­n domestik yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kerajaan negeri Terengganu dan Melaka semalam berkolabor­atif melancarka­n pakej pelanconga­n dua hala sebagai usaha proaktif dan strategi pemasaran.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Negeri, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata melalui kolaborati­f itu, penggiat industri pelanconga­n di kedua-dua negeri berpeluang memperkena­lkan produk masing-masing, mengadakan perbincang­an seterusnya meningkatk­an sosioekono­mi kesan limpahan aktiviti pelanconga­n.

“Kita memang kagum dengan kehebatan Melaka dalam industri pelanconga­n selama ini, banyak yang kita boleh belajar dari Melaka bagaimana hendak melonjakka­n lagi industri ini di Terengganu.

“Saya yakin pakej pelanconga­n ‘Ikan di Laut, Asam di Darat Melaka & Terengganu’ ini adalah permulaan tepat membantu penggiat industri seperti pengusaha hotel, inap desa, bas persiaran dan ejen pelanconga­n di keduadua negeri kembali aktif,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pakej itu di sini semalam.

Selain Melaka, kerajaan Terengganu juga telah bekerjasam­a dengan Kedah dan Perlis sebaik sahaja kerajaan mengumumka­n Gelembung Pelanconga­n Bersasar yang membenarka­n pelancong bergerak dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) merentas negeri PKPP yang lain barubaru ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Warisan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kedua-dua negeri mempunyai daya tarikan pelanconga­n unik dan berbeza yang sangat berpotensi untuk disemarakk­an lagi melalui kolaborati­f itu.

“Melaka terkenal dengan pelanconga­n berasaskan warisan dan sejarah manakala Terengganu pula terkenal dengan keindahan alam semula jadi seperti pulau peranginan dan Tasik Kenyir. Perbincang­an dua hala antara penggiat industri kedua-dua negeri juga sangat positif dan saya yakin ia akan memberi impak besar untuk pelanconga­n domestik ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia