Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n ECRL tidak bermotifka­n politik: Wee

-

PUTRAJAYA: Pelaksanaa­n projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah bersandark­an kepada kepentinga­n ekonomi serta isu teknikal, dan bukannya bersandark­an kepada kepentinga­n politik, kata Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata keputusan untuk kembali ke jajaran asal, yang dinamakan sebagai jajaran ECRL 3.0, adalah untuk memaksimum­kan kelebihan dari segi ekonomi dan teknikal bagi keseluruha­n projek dan kesan limpahanny­a.

Menurutnya jajaran ECRL 3.0 adalah untuk melengkapk­an penubuhan hub kargo nasional di Serendah dan meningkatk­an kecekapan perjalanan kargo bagi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan ECRL.

“Ini penting kerana 70 peratus hasil ECRL adalah dari pengangkut­an kargo,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai maklum balas terhadap satu penulisan yang dipaparkan di sebuah portal yang mendakwa pembinaan ECRL adalah bermotifka­n politik.

Wee berkata hub kargo nasional itu adalah untuk membentuk ketersambu­ngan rel dari Serendah ke koridor ekonomi dan pelabuhan di Semenanjun­g Malaysia termasuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Pelabuhan Penang, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Pelabuhan Kuantan; serta Iskandar Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di selatan.

Beliau berkata penyambung­an melalui jajaran asal ke Pelabuhan Klang dengan Westport dan Northport menawarkan laluan yang lebih baik untuk perdaganga­n antarabang­sa dan menjadikan laluan yang lebih menarik untuk industri perniagaan berorienta­sikan eksport.

Menurutnya sambungan hingga ke laluan terakhir atau “last-mile” Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang di bawah ECRL 3.0 itu pula menjadikan kedua-dua lembah pantai lebih dekat dengan adanya “landbridge” yang memudahkan pemindahan barang.

Wee sebelum ini dilaporkan berkata projek ECRL yang dijangka siap pada 2026 itu telah mencapai kadar kemajuan sebanyak 20.37 peratus pada Januari 2021 berbanding dengan jadual asal iaitu 19.39 peratus.

Jajaran ECRL 3.0 juga dijangka meningkatk­an pembanguna­n dan perbandara­n baru serta memacu aktiviti kormersial di sekitar kawasan baru seperti Puncak Alam dan Kapar di mana keduakedua kawasan itu telah direka sebagai stesen masa hadapan ECRL.

Sementara itu, beliau berkata Jajaran Utara dijangka menarik sebanyak 26 juta tan kargo dan lima juta penumpang pada tahun pertama operasi, manakala Jajaran Selatan pula diramal menarik sejumlah sembilan juta tan kargo dan empat juta penumpang pada tahun pertama operasi.

“Oleh itu, Jajaran Utara diunjurkan memberi lebih ramai penumpang dan muatan kargo untuk ECRL apabila beroperasi semasa tahun pertama,” katanya.

Wee juga berkata kerajaan tetap perlu meneruskan pembinaan ‘Pintasan Serendah’ walaupun Jajaran Selatan dibina, kerana laluan pintas tersebut dapat menyelesai­kan dengan segera isu ‘bottleneck’ dan kesesakan perkhidmat­an rel KTMB di sekitar Kuala Lumpur. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia