Utusan Borneo (Sarawak)

PPUM luaskan khidmat penghantar­an ubat kepada pesakit

-

KUALA LUMPUR: Pesakit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini boleh mendapatka­n ubat rantaian sejuk seperti insulin secara pos terus ke rumah masing-masing tanpa perlu hadir ke pusat perubatan berkenaan.

Ketua Pegawai Farmasi Jabatan Farmasi PPUM Alias Aris berkata sebelum ini hanya ubat pada suhu bilik sahaja yang dihantar secara terus ke rumah pesakit berikutan kekangan logistik untuk ubat rantaian sejuk yang memerlukan suhu dua hingga lapan darjah celcius.

“Tiga daripada 10 pesakit yang menghidap penyakit kronik memerlukan ubat rantaian sejuk ini dengan kadar segera,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Perkhidmat­an itu dilaksanak­an hasil kerjasama Jabatan Farmasi PPUM dengan syarikat Esyms Sdn. Bhd melalui perjanjian persefaham­an pada 10 Feb lepas; bagaimanap­in setakat ini penghantar­an ubat rantaian sejuk itu hanya dilakukan sekitar Lembah Klang sahaja kerana ia harus dihantar kepada pesakit dalam tempoh 24 jam untuk mengekalka­n suhunya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, PPUM berkata, di bawah kerjasama ini syarikat Esyms akan bertanggun­gjawab ke atas ubat rantaian sejuk dengan memastikan ia kekal mengikut suhu diperlukan sepanjang perjalanan, selain mengendali­kan proses pengambila­n, pengiriman serta verifikasi penerima.

Kos penghantar­an pula berdasarka­n jenis ubat, yakni bagi ubat suhu bilik caj RM5 dikenakan, manakala untuk ubat rantaian sejuk, RM15.

Pesakit yang ingin memohon penghantar­an ubatubatan sama ada ubat suhu bilik atau ubat rantaian sejuk boleh membuat permohonan melalui akaun Single Sign On PPUM di http://eservices. ummc.edu.my/ dan menyemak status permohonan serta menerima nombor pengesanan setelah tarikh penghantar­an ubat disahkan.

Perkhidmat­an penghantar­an ubat pada suhu bilik dengan kerjasama Pos Malaysia masih diteruskan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia