Utusan Borneo (Sarawak)

Tragedi pengantin baharu lemas di Tasik Kenyir: Isteri mimpi mangsa minta tolong

-

KUALA BERANG: “Arwah datang dalam mimpi malam tadi (kelmarin) dan mahu dirinya dibawa naik ke permukaan,” kata isteri mangsa lemas di Tasik Kenyir semalam.

Syarifah Ramli, 21, berkata menerusi mimpi itu, suaminya Ami Azzizol Abu Bakri, 22, juga sempat menyatakan perasaan rindu dan seolah-olah mahu segera ditemukan.

“Meskipun sedih dengan apa yang berlaku, apatah lagi kami baru sembilan hari melangsung­kan perkahwina­n, namun saya masih bersyukur kerana mayat suami telah dijumpai pada 7.10 pagi tadi (semalam),” katanya ketika ditemui pemberita di unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini.

Syarifah berkata selepas tersedar daripada tidur pada kira-kira 2 pagi, beliau telah keluar dari rumah rakit dan memandang ke permukaan air sambil membaca ayat Kursi dengan harapan jasad suaminya segera timbul.

“Saya terkilan kerana tidak dapat membantu menyelamat­kan suami sedangkan kejadian tersebut berlaku di depan mata saya sendiri,” katanya sambil memegang erat baju t-shirt terakhir yang dipakai Ami Azzizol sebelum kejadian itu.

Syarifah juga tidak menyangka perubahan sikap yang ditunjukka­n Ami Azzizol selepas berkahwin iaitu daripada seorang yang periang tiba-tiba bertukar menjadi pendiam, suka termenung serta membelikan pakaian, selipar dan telefon bimbit yang kesemuanya berwarna putih kepada beliau.

Arwah turut meminta Syarifah memakai pakaian berwarna putih sedangkan sebelum ini, suaminya itu tidak gemar pada barangan yang berwarna cerah.

Ami Azzizol lemas ketika berenang di Sungai Petuang, Tasik Kenyir akibat kekejangan otot dalam kejadian pada 5.50 petang Sabtu lepas dan kejadian itu disaksikan isteri, sepupu serta anak pemilik rumah rakit yang menjadi tempat penginapan mereka sekeluarga.

Abang arwah, Amir Amizi, 33, pula berkata pada kira-kira 8 malam kelmarin, beliau dan seorang lagi adik iparnya turut menyertai misi pencarian Ami Azzizol dan ada terhidu bau ‘mayat’ namun tidak menjumpai jasad mangsa ekoran suasana malam yang gelap serta penglihata­n terhad.

Beliau berkata jenazah adik bongsu mereka daripada lapan beradik itu dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun sebelum solat Asar semalam.

“Syukur Alhamdulil­lah, jasadadik bongsu kami ditemukan dan kami dapat menguruska­n pengebumia­nnya dengan cara yang sepatutnya.

“Saya tidak sanggup lagi melihat emak, Zabidah A. Rahman, 62, yang tidak berhenti menangis sejak Ami Azzizol hilang ditambah pula dengan keadaan emak yang tidak sihat kerana menghidap penyakit darah tinggi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAK: Syarifah (tengah) memegang erat baju terakhir yang dipakai mangsa yang juga suaminya Ami Azzizol dalam kejadian lemas di Tasik Kenyir, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dekat Kuala Berang, semalam.
— Gambar Bernama SEBAK: Syarifah (tengah) memegang erat baju terakhir yang dipakai mangsa yang juga suaminya Ami Azzizol dalam kejadian lemas di Tasik Kenyir, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dekat Kuala Berang, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KENANGAN: Gambar terakhir Ami Azzizol yang dirakam oleh isterinya, Syarifah sebelum mangsa lemas ketika mandi di sebuah rumah rakit.
— Gambar Bernama UNTUK KENANGAN: Gambar terakhir Ami Azzizol yang dirakam oleh isterinya, Syarifah sebelum mangsa lemas ketika mandi di sebuah rumah rakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia