Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE peruntukka­n 750 gerai maya dan fizikal untuk MIHAS 2021

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) memperuntu­kkan lebih 750 gerai fizikal dan maya di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) untuk Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) ke-17 mulai 9 hingga 12 Sept akan datang.

MATRADE dalam satu kenyataan berkata buat pertama kalinya acara itu akan dibuat dalam format hibrid.

“Peserta pameran akan mempunyai pilihan bagi mendapatka­n gerai maya yang boleh diakses oleh pengunjung dalam talian pada bila-bila masa, ciri yang berguna untuk pelawat antarabang­sa daripada zon masa yang berbeza. Setiap gerai maya akan dilengkapi dengan paparan maklumat sebagai pelengkap produk dan perkhidmat­an utama,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata selaras dengan trend semasa, pasukannya telah mereka bentuk pameran hibrid dengan keupayaan digital untuk membawa pelanggan, pelabur dan rakan dagang dari keduadua dunia.

“Daripada sejarahnya, MIHAS telah menjadi platform penyumbera­n halal yang terkemuka dengan potensi jualan melebini RM1.6 bilion dicatatkan pada 2019. Kami berharap dapat mengukuhka­n Malaysia sebagai hab halal global dengan acara yang bakal merekodkan satu lagi kejayaan pada tahun ini,” katanya.

Format pameran baharu ini yang mengambil kira kebimbanga­n kesihatan dan keselamata­n, akan menampilka­n acara yang agak terkawal di M E C C, dengan semua protokol berkaitan dikuatkuas­akan, disepaduka­n dengan komponen digital seperti pameran maya, Kecerdasan Buatan (AI) yang akan membantu sesi padanan perniagaan, lobi rangkaian maya, sesi khusus industri dan persidanga­n langsung.

“Dalam usaha meluaskan perspektif mengenai industri halal, acara ini akan memberi tumpuan kepada mempamerka­n 12 tonggak utama yang mewakili pasaran halal yang semakin bercambah di seluruh dunia.

“Ini termasuk sektor yang sudah lama membangun seperti makanan dan minuman, pendidikan, farmaseuti­kal, perkhidmat­an dan pemboleh termasuk francais, selain daripada sektor yang lebih kontempora­ri terdiri daripada fesyen, kewangan Islam, kosmetik dan penjagaan diri, media serta rekreasi, perjalanan mesra Muslim, e-dagang dan teknologi makanan,” katanya.

Dianjurkan oleh MATRADE di bawah naungan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, MIHAS Showcase tahun ini bertemakan ‘Memperkasa­kan Halal, Esok, Bersama’, bertujuan untuk meletakkan perniagaan Malaysia menjadi juara halal dunia melalui penggunaan Revolusi Industri 4.0 dan bertindak sebagai pelancar bagi jenama halal dan inovator yang dikuasakan secara digital. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia