Utusan Borneo (Sarawak)

The Blues tiada keperluan jual Werner

Chelsea dilaporkan tidak melayani sebarang idea untuk menjual penyerang Jerman itu pada musim panas, sebagai sebahagian pakej pembelian Haaland

-

LONDON: Kelab Chelsea dilaporkan tidak melayani sebarang idea menjual Timo Werner pada musim panas ini atau menggunaka­n penyerang antarabang­sa Jerman itu sebagai sebahagian dari pakej pembelian Erling Haaland.

Werner berpindah ke Chelsea pada musim panas lepas dengan yuran perpindaha­n bernilai 47.5 juta pound dari RB Leipzig tetapi bergelut pada musim pertamanya dalam bola sepak Inggeris, menjaringk­an hanya satu gol pada 20 perlawanan liga terakhir.

Namun beliau sudah memainkan peranan penting sejak Thomas Tuchel menggantik­an Frank Lampard sebagai pengurus dan akhbar The Telegraph melaporkan bahawa ketika ini tiada pelan untuk menjual pemain berusia 25 tahun, termasuk bukan sebagai sebahagian pakej untuk mendapatka­n Haaland dari Borussia Dortmund.

Laporan menjelaska­n tiada sama sekali perbincang­an dalam bilik lembaga pengarah di Stamford Bridge untuk menjual Werner.

Chelsea hanya akan menimbangk­an menjadikan Werner sebagai sebahagian pakej perpindaha­n Haaland jika Dortmund ada menyuaraka­n minat mereka untuk mendapatka­n Werner.

Selain dari itu, jika Werner membuat keputusan untuk berpindah, maka ia akan mengubah pemikiran Chelsea.

Tetapi semua itu dijangka tidak berlaku, terutama sekali dengan sikap hebat penyerang itu walaupun dengan musim turun naik setakat ini.

Beliau sudah menjaringk­an 10 gol dalam 39 penampilan dalam semua pertanding­an, ketika Chelsea masih berada di landasan memenangi tiga kejuaraan musim ini.

Haaland adalah salah seorang pemain berprestas­i tinggi di Eropah, menjaringk­an 49 gol dalam Bundesliga Jerman sejak tiba di kelab itu dari RB Salzburg pada bulan Januari tahun lepas.

Bagaimanap­un, Chelsea adalah antara beberapa kelab yang berminat mendapatka­n penyerang berusia

20 tahun itu

selain Manchester United, Manchester City, Real Madrid

dan juga Barcelona.

Chelsea juga dikatakan berminat mendapatka­n semula bekas penyerang, Romelu Lukaku – yang ketika ini bermain di Inter Milan.

Perkembang­an di Itali menunjukka­n bahawa Lukaku mahu kekal di Inter selagi Antonio Conte kekal sebagai jurulatih kelab itu.

Kontrak Olivier Giroud di

Chelsea akan tamat pada akhir musim ini sementara masa depan Tammy Abraham juga tidak terjamin dengan baki kontrak semasa dua tahun lagi.

Tetapi kekurangan masa bermain dan rundingan lanjutan kontrak masih bermula untuk penyerang berusia 23 tahun itu sejak mula menyerlah pada musim pertama di bawah kendalian Lampard. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? HAALAND
HAALAND
 ??  ?? WERNER
WERNER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia