Utusan Borneo (Sarawak)

Malawi tewaskan Uganda 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Negara Afrika

-

JOHANNESBU­RG: Richard Mbulu menjaringk­an gol pada minit ke-16 untuk memastikan Malawi menang 1-0 ke atas Uganda dalam aksi Kumpulan B untuk kelayakan Piala Negara Afrika 2021 pada Isnin.

Penyerang berusia 27 tahun itu menanduk kencang bola melepasi penjaga gol Uganda, Denis Onyango selepas umpanan cantik Robin Ngalande.

Ia adalah kali kedua dalam tempoh enam hari bahawa satu gol dari pemain yang bermain di Afrika Selatan, menentukan perlawanan selepas beliau turut menjaringk­an gol tunggal kemenangan ketika menewaskan Sudah Selatan 1-0 pada Rabu lepas.

Mbulu pernah bermain di Mozambique dan Portugal sebelum menandatan­gani kontrak tiga tahun bersama kelab Liga Perdana Afrika Selatan, Baroka pada 2019.

Malawi memerlukan kemenangan di Stadium Kamuzu di Blantyre untuk mengesahka­n penampilan pertama kejohanan terbesar Afrika itu sejak 2010 sementara keputusan seri sudah memadai buat Uganda.

Kemenangan meletakkan Malawi di tangga teratas untuk seketika dengan 10 mata sebelum dipintas Burkina Faso beberapa jam kemudian selepas menewaskan Sudan Selatan 1-0 di Ouagadougo­u.

Gol kemenangan Burkina dijaringka­n Bertrand Traore pada minit ke-50 ketika pasukannya menamatkan kempen kelayakan enam perlawanan tanpa kalah sepanjang 17 bulan.

Malawi, berada pada ranking ke-123 dunia, 40 anak ranking di bawah Uganda, akan membuat penampilan ketiga mereka di Piala Negara Afrika selepas tersingkir di pusingan pertama pada edisi 1984 dan 2010.

Mereka adalah pasukan ke19 yang mengesahka­n kelayakan selepas Algeria, Burkina Faso, Cameroon,

Comoros, Mesir, Equatorial Guinea, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Ivory Coast, Mali, Maghribi, Nigeria, Senegal, Sudan, Tunisia dan Zimbabwe.

Perlawanan di Blantyre adalah salah satu dari lapan perlawanan yang berlangsun­g pada Isnin melibatkan kelayakan, dengan hanya maruah menjadi taruhan.

Mohamed Salah menjaringk­an dua gol ketika Mesir menjaringk­an empat gol dalam tempoh 10 minit dalam separuh masa pertama untuk membelasah Comoros 4-0 di Kaherah dan menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan G.

Kenya meraih kemenangan pertama dalam kumpulan yang sama apabila menewaskan Togo 2-1.

Riyad Mahrez menjaringk­an gol ketika Algeria menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan H dengan membenam Bostwana 5-0 di Blida, untuk melanjutka­n tempoh tanpa kalah dalam 24 perlawanan kompetetif dan persahabat­an.

Zimbabwe tewas 0-2 kepada Zambia di Harare dengan Patson Daka menjaringk­an kedua-dua gol.

Dua pasukan yang layak dari Kumpulan D tewas dengan Gabon kecundang 0-2 kepada Angola di Luanda dan Gambia tewas 0-1 kepada Republik Demokratik Kongo. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia