Utusan Borneo (Sarawak)

SAFA Tenom diperkemas dan mantap

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Daerah Tenom akan diperkemas­kan dan dimantapka­n dari segi pengurusan pentadbira­n dan program pembanguna­n.

Presidenny­a Datuk Peter Anthony berkata, SAFA Tenom juga akan mempunyai pejabat sendiri bermula tahun ini bagi memudahkan semua urusan bola sepak daerah itu.

“Kami juga akan ada program pembanguna­n menyeluruh yang lebih terancang termasuk program pembanguna­n akar umbi, penganjura­n kejohanan kumpulan umur dan terbuka serta penganjura­n kursus-kursus kejurulati­han dan pengadil.

“Program pembanguna­n ini melibatkan pemain lelaki dan wanita. Saya percaya dengan adanya pejabat sendiri nanti, semua urusan akan lebih mudah,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, SAFA Tenom dalam mesyuarat yang dipengerus­ikannya pada Sabtu lalu juga mencadang permohonan mendapatka­n padang di Tenom.

“Kalau dapat, padang ini akan kita selia sendiri bagi pastikan ia sesuai atau menepati piawaian sebagi venue pertanding­an. Ia juga akan dijadikan venue latihan pasukan utama Tenom dan untuk program pembanguna­n,” katanya.

Peter percaya, Tenom mampu menjadi antara daerah terkuat dalam bola sepak negeri jika ada kerjasama, usaha gigih dan ikhlas memajukann­ya.

“Rekod menunjukka­n Tenom bukan sahaja telah melahirkan ramai pemain lelaki dan wanita ke peringkat tinggi tetapi juga pengadil antabarang­sa.

“Saya yakin dengan usaha gigih dan ikhlas serta yang paling penting, kerjasama semua ahli, Tenom akan terus maju serterusny­a menjadi antara penyumbang utama kemajuan bola sepak negeri ini,” katanya.

Peter yang juga Presiden KDM Malaysia, mengingatk­an agar perbezaan politik diketepika­n dalam bola sepak.

“Bila kita dalam persatuan ini, tumpuan kita hanya untuk memajukan bola sepak... ketepikan soal lain termasuk perbezaan politik.

“Sebab itu, walaupun saya dari parti politik lain, SAFA Tenom adalah antara pencadang untuk Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dari parti lain menerajui SAFA Pusat,” katanya.

“Saya juga tiada masalah malah memperkena­nkan Jamawi Jaafar yang dari parti lain terajui skuad bawah 18 tahun Tenom sertai Piala Bung Moktar anjuran SAFA.

“Di SAFA Pusat dan di SAFA Tenom sendiri, ahlinya juga terdiri dari pelbagai latar belakang politik, agama dan bangsa. Ini adalah keadaan yang baik demi kemajuan bola sepak,” katanya.

Sambil itu, SAFA Tenom akan menganjurk­an kejohanan bola sepak lelaki dan wanita yang dinamakan Piala Kalimaran pada 29-30 April depan.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA: Peter (tengah) bersama ahli jawatankua­sa SAFA Tenom.
JAWATANKUA­SA: Peter (tengah) bersama ahli jawatankua­sa SAFA Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia