Utusan Borneo (Sarawak)

SBBA aktifkan semula takwim aktiviti 2021

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Persatuan Bina Badan Negeri Sabah (SBBA) aktifkan semula aktiviti biasanya termasuk menganjurk­an kejohanan dan kursus pengadil serta jurulatih tahun ini.

“Persatuan hampir tiada sebarang aktiviti sepanjang tahun lalu ekoran krisis COVID-19. Saya harap dan saya percaya krisis COVID-19 akan semakin membaik dan adanya vaksin, boleh jalankan semula aktiviti-aktiviti biasa kami tahun ini.

“Kerajaan juga sudah membenarka­n banyak aktiviti termasuk bersukan dan penganjura­n kejohanan. Oleh itu kami (SBBA) telah menyusun takwim aktiviti bermula Jun depan,” kata Presiden SBBA Joannes Staneslous ketika ditemui di sini kelmarin.

Takwim 2021 SBBA akan dimulakan dengan penganjura­n Kursus Ulangkaji

Kejurulati­han Spesifik Bina Badan pada 29 Jun diikuti Kursus Ulangkaji Pengadil Bina Badan pada 29 Julai.

Kejohanan Bina Badan Mr Sabah 2021 pula dijadualka­n pada 31 Julai disusuli dengan penganjura­n Kursus Persijilan Jurulatih Peribadi pada 3-4 Ogos.

SBBA juga akan menghantar peserta ke Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia 2021 di Kedah pada November sebelum menutup takwimnya dengan penganjura­n Kejohanan Bina Badan Mr. Borneo 2021 pada 26 Disember.

“Venue Mr Sabah dan Mr Borneo akan dimaklumka­n kemudian. Penetapan awal tarikh kejohanan penting kerana kita mahu supaya mereka yang ingin menyertai dapat membuat persiapan rapi dan berada di tahap terbaik menjelang kejohanan,” katanya.

Menurutnya, Mr Sabah juga akan dijadikan medan bagi memilih atlet mewakili Sabah ke kejohanan Mr Malaysia.

Sambil itu, Joannes mengingatk­an agar pengadil negeri ini sentiasa aktif sama ada mengikuti kursus-kursus ulangkaji atau bertugas sebagai pengadil kejohanan.

“Pengadil yang tidak aktif selama lima tahun berturuttu­rut sama ada mengadil atau menyerti kursus ulangkaji akan dianggap tidak berminat lagi menjadi pengadil dan sijil pengadil mereka akan luput,” katanya.

 ??  ?? JOANNES
JOANNES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia