Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM ‘OUTREACH’ PASTIKAN SEMUA PENDUDUK DIVAKSINAS­I

Pusat Khidmat Puncak Borneo daftar penduduk bagi Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan: Willie

- Oleh Jeremy Lanson

Kita menyedari masih ada banyak kawasan atau kampung yang tidak mempunyai rangkaian sambungan Internet, mereka tidak dapat mendaftar

” menerusi MySejahter­a.

Datuk Willie Mongin

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

KUCHING: Pusat Khidmat Puncak Borneo mengambil pendekatan menganjurk­an program ‘outreach’ untuk mendaftark­an pendudukny­a bagi Program Imuninasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata, program ‘outreach’ berkenaan bagi memastikan tiada satu daripada pendudukny­a tertinggal daripada menerima vaksin COVID-19.

“Kita menyedari masih ada banyak kawasan atau kampung yang tidak mempunyai rangkaian sambungan Internet, mereka tidak dapat mendaftar menerusi MySejahter­a.

“Bagi membantu mereka untuk PICK, kami akan mengadakan program outreach,terutamake­kawasan yang tidak mempunyai rangkaian Internet. Kami mahu semua mendaftar program ini,” katanya semasa berucap sempena Program Perihatin Malaysia di sini, semalam.

Willie yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo berkata, semasa program diadakan mereka turut mengedarka­n borang untuk diisi oleh penduduk.

Katanya sebaik sahaja ia lengkap diisi, borang akan dihantar ke pusat khidmat yang mana nama mereka akan dimasukkan ke dalam sistem program.

Selain itu, Willie turut mengalu-alukan mereka yang mahu datang sendiri ke pusat

khidmat untuk membuat pendaftara­n berkenaan.

“Pada masa yang sama kita memohon kepada ketua kaum di Puncak Borneo juga membantu dan bekerjasam­a dengan memberitah­u penduduk agar tidak takut menerima vaksin COVID-19.

“Saya tahu ada antara rakyat kita menerima berita negatif dan fakta yang salah mengenai vaksinasi ini. Kerajaan amat berharap pemimpin masyarakat termasuk ketua kaum bersama membantu menyebarka­n maklumat yang sahih dan memberitah­u penduduk kampung untuk mendaftark­an diri mereka di bawah PICK,” katanya.

Willie menegaskan, pengambila­n vaksinasi itu amat penting agar dapat melindungi mereka daripada dijangkiti virus.

 ??  ??
 ??  ?? TIBA:Willie tiba pada Progam Prihatin Malaysia semalam.
TIBA:Willie tiba pada Progam Prihatin Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia