Utusan Borneo (Sarawak)

KEKANG KEMASUKAN PATI

Kerajaan Sarawak akan bantu tingkat kemudahan serta aset di CIQS Lubok Antu, Sri Aman

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu meningkatk­an kemudahan serta aset di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQS) Lubok Antu, Sri Aman dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran ke negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kekurangan kemudahan serta aset di CIQS Lubok Antu antara kekangan dalam usaha menyekat kemasukan PATI dan keadaan diburukkan lagi dengan terdapat banyak 'jalan tikus' di sepanjang sempadan negara antara Sarawak dengan Kalimatan Barat, Indonesia.

"Daripada taklimat yang diberikan agensi-agensi penguatkua­saan dalam lawatan saya bersama yang lain ke CIQS Lubok Antu hari ini, kita mendapati amat perlu faktor keselamata­n di sini dipertingk­atkan dengan menambah baik kemudahan serta aset-aset sedia ada.

"Kita tahu semasa pandemik COVID-19 ini, kita juga menghadapi isu PATI di mana ia boleh menjadi sumber penularan COVID-19 di Sarawak dan sempadan negara yang panjang di Lubok Antu perlu diberi perhatian kerana ia berpotensi menjadi pintu masuk rakyat negara jiran sama ada melalui laluan sah atau jalan tikus," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi ke CIQS Lubok Antu semalam bagi melihat sendiri operasi keluar masuk rakyat kedua-dua negara atas pelbagai urusan.

Abang Johari berkata kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Kerajaan Indonesia menerusi Konsulat Jeneral Republik Indonesia di negeri ini untuk memastikan rakyat negara itu memasuki Sarawak melalui pintu masuk yang sah.

"Sebagai contoh rakyat negara jiran yang mahu masuk ke Sarawak perlu ada pas lawatan, satu hanya boleh digunakan di daerah Lubok Antu sahaja, kedua harus ada pasport antarabang­sa seperti dilaksanak­an di CIQS Tebedu.

"Kita sebenarnya menerima kerjasama yang baik daripada Kerajaan Indonesia, daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia (di Sarawak) dalam perkara itu," katanya.

Abang Johari berkata turut akan diberi perhatian khusus ialah jalan-jalan ladang kelapa sawit yang sering digunakan oleh rakyat negara jiran masuk ke Sarawak secara tidak sah memandangk­an ia terletak hanya bersebelah­an sempadan negara.

Beliau berkata isu berkenaan akan diteliti oleh satu jawatankua­sa diketuai Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing.

"Kita perlu membuat kajian terlebih dahulu. Saya tidak boleh umumkan sekarang. Kita akan berbincang nanti, macam mana hendak memperbaik­i keadaan di kawasan ini.

"Ini satu-satunya taklimat penting bagi kita di mana kerajaan boleh membantu dari sudut kemudahan dan aset harus dipertingk­atkan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Abang Johari berkata, kerajaan negeri akan meningkatk­an banyak infrastruk­tur di CIQS Lubok Antu termasuk membina jalan raya yang lebih baik sepanjang 7.5 kilometer menghubung­kan pekan Lubok Antu dengan CIQS berkenaan.

Selain itu katanya, jalan berkenaan akan dipasang dengan lampu bagi memudahkan pihak keselamata­n melakukan rondaan serta pemantauan pada waktu malam.

“Saya telah meluluskan, untuk membina jalan raya antara CIQS ini dengan (pekan) Lubok Antu dan jalan ini kita pasang lampu.

“Yang lain, kita telah luluskan (peruntukan) tadi, kita minta pihak Konsulat melaksanak­annya dengan cepat supaya teranglah LA sampai CIQS,” katanya.

Abang Johari juga memberitah­u bahawa pihaknya mempertimb­ang untuk membina jalan yang lebih baik di sempadan keduadua negara dengan aspek keselamata­n diperketat­kan lagi.

“Ini antara perkara yang hendak kita lihat, saya nampak Lubok Antu dan kawasannya berpotensi cerah apabila adanya laluan perdaganga­n lebih baik serta sah antara rakan kita di Badau dan Kalimantan (Indonesia) dengan Sarawak.

“Sekarang kita memang mendapat kerjasama cukup baik melalui MALINDO juga kerjasama Kalimantan Barat dengan Sarawak,” ujarnya. Beliau menambah, sejak CIQS Lubok Antu mula beroperasi hingga sekarang, hubungan perdaganga­n antara Sarawak dan Indonesia meningkat termasuk minyak kelapa sawit.

HadirsamaT­imbalanKet­ua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion, Menteri Muda Pembanguna­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Terminal Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak Datu Ken Leben.

 ?? — Gambar Jabatan Penerangan ?? TERIMALAH: Abang Johari menyerahka­n bantuan bakul makanan kepada wakil petugas barisan hadapan yang bertugas di Kompleks CIQS Lubok Antu/Nanga Badau sempena lawatan beliau ke situ.
— Gambar Jabatan Penerangan TERIMALAH: Abang Johari menyerahka­n bantuan bakul makanan kepada wakil petugas barisan hadapan yang bertugas di Kompleks CIQS Lubok Antu/Nanga Badau sempena lawatan beliau ke situ.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia