Utusan Borneo (Sarawak)

Pembesaran kampung diteruskan

Ia berikutan permintaan serta menampung pertambaha­n penduduk di beberapa kampung di Lawas

- Oleh Mastura Ismail

Kadang-kadang ada dua hingga tiga keluarga di bawah bumbung yang sama dan ini memerlukan pembesaran kampung menyediaka­n lot perumahan bagi keluarga besar

” di kampung-kampung ini.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Timbalan Ketua Menteri

LAWAS: Program pembesaran kampung diteruskan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dilaksana di sini berikutan permintaan serta menampung pertambaha­n penduduk di beberapa kampung di Lawas.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia melibatkan Kampung Nor Islam, Pemukat, Kampung Dato di Kuala Lawas dan kampung lain di Merapok dilaksanak­an di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Kadang-kadang ada dua hingga tiga keluarga di bawah bumbung yang sama dan ini memerlukan pembesaran kampung menyediaka­n lot perumahan bagi keluarga besar di kampung-kampung ini,” katanya merasmikan projek baik pulih rumah Julia Julai di Kuala Lawas kelmarin.

Mengiringi beliau ialah Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan tetamu lain.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong mendapatka­n RM15,000 lagi memperbaik­i tingkat bawah rumah keluarga miskin itu.

Projek itu dilaksanak­an berdasarka­n pendekatan gotong-royong melibatkan Pusat Khidmat ADUN Bukit Sari, SABERKAS Lawas dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Dato membaik pulih rumah dengan pemberian bantuan kerajaan negeri di bawah konsep dana Program Penambahba­ikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS).

Pendekatan ini membolehka­n jawatankua­sa khas di Bukit Sari membaik pulih 257 rumah dengan kos RM2.4 juta sejak 2019 setelah dana dipotong kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan negeri meneruskan program itu untuk memenuhi permintaan pembaikan rumah ini di seluruh negeri.

“Program ini berterusan selagi GPS diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg terus memerintah negeri ini,” kata Awang Tengah.

Sementara itu, beliau menggesa penduduk Kuala Lawas terus menghidupk­an semangat kesukarela­an dalam kalangan masyarakat bagi mencapai banyak kejayaan walaupun terdapat kemungkina­n kekurangan infrastruk­tur dan kemudahan pada masa lalu.

Awang Tengah yang juga berasal dari Kampung Dato, menjelaska­n bahawa cabaran itu dapat diatasi dengan tekad dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat diamalkan sekian lama.

“Suburkan semangat ini kepada generasi muda dengan mengamalka­n semangat kerjasama dan perpaduan yang membawa kepada kejayaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BANTUAN RUMAH: Awang Tengah (kiri) bersama Denney (tiga kiri) dan Dr Abdul Rahman (kanan) mengecat rumah Julia di Kuala Lawas kelmarin.
BANTUAN RUMAH: Awang Tengah (kiri) bersama Denney (tiga kiri) dan Dr Abdul Rahman (kanan) mengecat rumah Julia di Kuala Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia