Utusan Borneo (Sarawak)

Trafik di Terusan Suez kembali lancar

-

ISMAILIA: Kapal-kapal yang tersekat hampir seminggu telah bergerak semula kelmarin melalui Terusan Suez ekoran sebuah kapal gergasi terkandas, menyemarak­kan perasaan lega buat negara yang amat bergantung kepada laluan perdaganga­n utama dunia itu.

Melancarka­n semula perjalanan menuju utara dan selatan, sebanyak 113 kapal akan melalui terusan sempit itu sebelum 0600 GMT semalam, menurut ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA), Osama Rabie.

Beliau memuji tempoh operasi penyelamat MV Ever Given sebagai “memecah rekod”, menyatakan operasi itu akan mengambil masa selama tiga bulan di tempat lain di dunia.

Pembekal servis terusan itu, Leth Agencies menciap di Twitter bahawa kapal sepanjang 400 meter itu telah “diiringi dengan selamat ke Tasik Great Bitter” oleh pihak berkuasa, dan menyatakan ia kini sedang “berlabuh” untuk siasatan, dalam laluan kapal kontena lain.

Kelegaan dapat dirasakan kerana kita tidak akan mengalami penutupan jangka masa panjang pada laluan perdaganga­n utama,” kata penganalis­is pasaran Michael Hewson.

Beberapa jam sebelum kapal itu berjaya dialihkan, sekatan telah mencapai sebanyak 425 kapal, dan pihak berkuasa terusan menjangka ia akan mengambil masa lebih tiga hari untuk menyurutka­n kesesakan itu.

Syarikat data maritim Lloyd’s List menyatakan sekatan itu telah menangguhk­an perjalanan kargo yang dianggarka­n sebanyak AS$9.6 bilion setiap hari di antara Asia dan Eropah, memandangk­an lebih 10 peratus perdaganga­n dunia biasanya melalui terusan itu.

Di perkampung­an kecil Manshiyet al-Rougoula di tebing terusan, penduduk terpegun menyaksika­n kapal kontena besar itu meninggalk­an tebingan berpasir itu.

Seorang bapa dan keluargany­a memanjat bumbung rumah mereka untuk melihat lebih baik kapal itu, membawa sekurang-kurangnya sembilan tingkat kontena besar berlayar pergi perlahan-lahan.

“Kami gembira untuk melihat kapal itu bergerak dan puji Tuhan,” kata seorang penduduk.

Bekas pengerusi SCA, Mohab Mamish, berbesar hati dengan operasi itu,: “Saya tersangat gembira... Kita berjaya keluar daripada kesesakan yang amat teruk.”

Dalam media sosial juga, warga Mesir menyambut baik khabar itu dengan girang dan berkongsi meme.

Ahmed Abbas, seorang pekerja Terusan Suez, berkongsi gambaran secara langsung peristiwa itu di akaun Facebook, menyeru: “Syukur kepada Tuhan, kapal itu akhirnya berjaya keluar! Tahniah pihak SCA!”

Mesir telah mengalami kerugian kira-kira AS$12AS$15 juta daripada pendapatan transit pada setiap hari kapal itu tersekat, menurut Rabie.

Syarikat pasukan penyelamat Belanda Boskalis menyatakan “kumpulan pakar” mereka telah “bekerjasam­a rapat” dengan pihak terusan itu.

Operasi itu dijalankan di bawah tekanan masa dan “disaksikan seluruh dunia”, memerlukan 13 bot tarik, kata pengerusi Boskalis Peter Berdowski

Kapal yang berlepas semula itu akan menjalani “siasatan dalam kebolehan berlayar”, kata syarikat Taiwan Evergreen, pengendali kapal itu.

“Laporan daripada siasatan itu akan menentukan sama ada kapal itu mampu meneruskan servis yang dijadualka­n.”

Belakang kapal itu telah berjaya dialihkan pada awal kelmarin, mendapat pujian serta-merta daripada Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, sungguhpun Boskalis pada mulanya memberi peringatan bahawa kapal itu dijangka lebih sukar untuk dialihkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia