Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Oscar tidak akan disiarkan secara langsung di Hong Kong buat kali pertama

-

ANUGERAH Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbanga­n timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China.

Acara itu telah disiarkan di Hong Kong sejak tahun 1969 oleh saluran bebasuntuk-ditayang bahasa Inggeris TVB.

Namun tiada saluran akan mengelola anugerah bulan depan.

“Ia merupakan keputusan komersial untuk kami tidak menyiarkan Oscars tahun ini,” kata jurucakap TVB.

Keputusan itu timbul selepas Bloomberg News melaporkan awal bulan ini bahawa bahagian propaganda Parti Komunis China telah mengarahka­n media yang dikawal negara itu untuk memperkeci­lkan anugerah itu dan tidak menyiarkan acara itu secara langsung.

Sebabnya disyaki daripada pencalonan ‘Do Not Split’, dokumentar­i pendek tentang protes pro-demokrasi Hong Kong, diikuti empat pencalonan daripada pengarah AS kelahiran China Chloe

Zhao untuk ‘Nomadland’.

Media tempatan sejak itu telah mengkritik dokumentar­i itu manakala nasionalis dalam talian telah menyerang Zhao berikutan komen beliau yang dibuat bertahun lalu yang dikatakan mengkritik China.

Penyiar negara CCTV, yang sebelum ini telah menyiarkan anugerah Oscar, belum lagi membuat pengesahan jika mereka akan menyiarkan acara itu tahun ini.

Semua media ditapis dengan tegas di China.

Hong Kong yang separa autonomi mengamalka­n kebebasan lebih di bawah model “One country, two systems” (Satu negara, dua sistem).

Namun atmosfera itu kini berubah cepat.

Selepas protes demokrasi besar dan selalunya ganas pada 2019, Beijing telah menundukka­n pembangkan­g, termasuk mengambil alih undangunda­ng keselamata­n negara dalam bandar itu.

Pembangkan­g pro-demokrasi telah ditundukka­n, dan undang-undang juga telah dipengaruh­i dengan budaya negara itu.

Dalam minggu barubaru ini, pawagam telah menarik balik dokumentar­i protes itu, manakala sebuah muzium seni kontempora­ri bakal dibuka dengan pegawai keselamata­n akan memeriksa koleksi mereka. — AFP

 ??  ?? CHLOE ZHAO
CHLOE ZHAO
 ?? — Gambar AFP ?? TIDAK AKAN DISIARKAN DI HONG KONG: Gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2020 ini menunjukka­n patung Oscar dipamerkan di kawasan permaidani merah menjelang majlis anugerah Oscar ke-92 di Hollywood. Acara Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbanga­n timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China.
— Gambar AFP TIDAK AKAN DISIARKAN DI HONG KONG: Gambar fail yang diambil pada 8 Februari 2020 ini menunjukka­n patung Oscar dipamerkan di kawasan permaidani merah menjelang majlis anugerah Oscar ke-92 di Hollywood. Acara Oscar tidak akan disiarkan di Hong Kong buat kali pertama setelah separuh abad, kata penyiaran tempatan mereka pada Isnin, selepas kebimbanga­n timbul mengenai sama ada acara anugerah termasyhur Hollywood itu akan disiarkan di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia