Utusan Borneo (Sarawak)

Aguero ‘bangga’ dapat berkhidmat untuk Man City

-

PARIS: Sergio Aguero berkata pada Isnin bahawa beliau berasa ‘bangga’ dengan masa beliau di Manchester City selepas mengumumka­n akan meninggalk­an kelab itu apabila kontrak semasanya berakhir pada bulan Julai ini.

Aguero menyertai City dari Atletico Madrid pada 2011 dan sudah menjaringk­an 257 gol dalam 384 perlawanan, menjadikan beliau penjaring gol terbanyak kelab sepanjang zaman.

Beliau menjaringk­an gol kemenangan untuk menewaskan kelab jiran, Manchester United ketika menangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada 2012.

“Apabila kitaran itu sudah berakhir, banyak sensasi akan muncul,” kata Aguero menerusi status yang

dimuatnaik di media sosial.

“Satu rasa kepuasan dan bangga itu akan bersamasam­a sama selepas bermain bersama Manchester City selama 10 musim – sesuatu yang jarang untuk seorang pemain profesiona­l dewasa ini.

“Saya akan memberikan segala-galanya pada baki musim ini untuk memenangi lebih banyak kejuaraan dan memberikan lebih lagi kegembiraa­n kepada penyokong,” tambah beliau.

Dalam satu kenyataan kelab, pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak, berkata beliau akan menyimpan segala ucapan selamat jalan sehingga Aguero pergi tetapi mendedahka­n bahawa beliau merancang untuk membina satu tugu untuk penyerang dari Argentina itu.

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City dalam 10 tahun terakhir tidak dapat diperkatak­an lagi,” kata Al Mubarak.

“Ia bukan masa untuk ucapan selamat jalan. Masih banyak yang perlu dicapai,” kata beliau ketika merujuk impian City memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali pertama dan di landasan memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Buat masa ini, ia dengan rasa sukacita untuk saya mengumumka­n bahawa kami akan mencari seorang pengukir untuk membina patung Sergio untuk diletakkan di Stadium Etihad,” tambah beliau.

Akhbar Manchester Evening News berkata City merancang parti selamat jalan untuk Aguero pada perlawanan terakhir liga mereka menentang Everton pada 23 Mei.

Pemain berusia 32 tahun itu dijangkiti COVID-19 pada bulan Januari selepas satu musim yang sudah diselubung­i kecederaan dan beliau sudah bermain 14 perlawanan untuk City musim ini dan menjaringk­an tiga gol.

Aguero tidak beraksi pada akhir musim lepas dan juga permulaan musim ini selepas menjalani pembedahan lutut pada Jun tahun lepas.

Sejak itu, beliau mengalami satu lagi kecederaan pada bulan Oktober dan tidak beraksi untuk beberapa minggu.

Pengurus City, Pep Guardiola, berkata minggu lepas bahawa beliau mungkin tidak dapat memberikan Aguero banyak masa dalam padang sebelum kontraknya berakhir. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia