Utusan Borneo (Sarawak)

Makkelie mohon maaf kepada Ronaldo dan Portugal

-

PARIS: Pengadil dari Belanda, Danny Makkelie, sudah meminta maaf selepas menafikan Cristiano Ronaldo dan gol kemenangan Portugal ketika keputusan kontrovers­i seri 2-2 dengan Serbia pada satu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 Sabtu lepas.

Pemain pertahanan Serbia, Stefan Mitrovic cuba mengeluark­an bola jaringan Ronaldo dari memasuki pintu gol pada minit akhir tetapi walaupun berjaya menendang bola keluar, rakaman insiden jelas menunjukka­n bahawa bola sudah melepasi garisan gol.

Tanpa panel video bantuan pengadil (VAR) atau teknologi di garisan gol untuk menyemak insiden itu, Makkelie tidak mengendahk­an rayuan Ronaldo dan rakan sepasukann­ya.

“Seperti dalam polisi FIFA, apa yang boleh saya katakan ialah saya meminta maaf kepada jurulatih Fernando Santos dan kepada pasukan Portugal di atas apa yang berlaku,” kata Makkelie.

“Sebagai pasukan pengadil, kami sentiasa bekerja-keras untuk membuat keputusan yang betul. Apabila kami menjadi perhatian dalam hal ini, ia tidak menggembir­akan kami.”

Makkelie, 38, sudah menjadi pengadil antarabang­sa sejak 2008 dan pernah menjadi pengadil final Liga Europa 2020 di antara Sevilla menentang Inter Milan.

Santos mendedahka­n Makkelie meminta maaf kepada beliau dengan serta-merta selepas perlawanan dan mengakui bahawa beliau ‘berasa malu’ dengan kesilapan itu.

Selepas meninggalk­an padang dengan marah dan membaling lilitan kapten pasukan ke lantai apabila dinafikan gol pertama dalam kempen kelayakan, Ronaldo meluahkan kekecewaan­nya di laman sosial, Instagram.

“Anda ketika di mana kita diajar untuk menerima terutama sekali apabila kita merasakan seluruh negara dihukum,” tulisnya. “Kami akan terus bertabah dan meneruskan kehidupan untuk cabaran seterusnya.” Bercakap pada satu sidang media pada Isnin, pemain tengah Portugal, Ruben Neves, menganggap Ronaldo seorang ‘kapten hebat’ dan menambah beliau tidak perlu meminta maaf kepada rakan sepasukan kerana meluahkan kekecewaan pada akhir permainan.

Ditanya jika Ronaldo ada meminta maaf kepada skuad selepas insiden itu, Neves berkata: “Sudah tentu, beliau tidak meminta maaf. Beliau tidak perlu meminta maaf. Ronaldo adalah seorang kapten dan pemain yang hebat. Saya fikir kami semua berasa agak kecewa seperti beliau ketika itu, ia adalah masa yang sukar bagi kami. Semua orang mengenali Cristiano. Kami mengenali beliau dengan lebih dekat dan kami tahu apa yang beliau berikan setiap hari.”

Santos menegaskan reaksi Ronaldo adalah kerana perasaan marahnya ketika itu dan berkata Ronaldo akan terus menjadi kapten Portugal.

“Beliau akan terus menjadi kapten,” kata Santos. “Jika beliau menyakiti jurulatih, rakan sepasukan atau persatuan, maka kami harus memikirkan kedudukann­ya tetapi tiada semua itu berlaku. Apa yang berlaku ialah saat kekecewaan melampau yang boleh juga berlaku kepada saya. Kekecewaan dari seseorang yang sentiasa mahukan kemenangan, yang sentiasa memberikan segalagala untuk pasukan kebangsaan. Beliau memuat naik statusnya (di Instagram) 10 minit kemudian.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SITUASI TEGANG: Pemain pertahanan Portugal Renato Sanches (tengah) berbalah dengan Makke lie pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Stadium Rajko Mitic, di Belgrade, baru-baru ini.
RONALDO
— Gambar AFP SITUASI TEGANG: Pemain pertahanan Portugal Renato Sanches (tengah) berbalah dengan Makke lie pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara Serbia dan Portugal di Stadium Rajko Mitic, di Belgrade, baru-baru ini. RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia